Kuantan FA Kecewa Dengan PFAM Isu Tunggakan Gaji Pemain

Pihak pengurusan Kuantan FA menyatakan rasa terkilan mereka kepada PFAM kerana tidak menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat tentang isu tunggakan gaji pemain Kuantan FA.

Baru-baru ini FAM sudah mengarahkan Kuantan FA dan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menyerahkan afidavit berkenaan dengan isu tunggakan gaji pemain.

Setelah kes diteliti, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan berlaku percanggahan fakta di dalam kes tersebut.

Menurut Hamidin, tunggakan gaji pemain Kuantan FA hanyalah sekitar 4-5 bulan sahaja. Dipetik daripada sumber Harian Metro, Datuk Hamidin berkata:

“Saya dimaklumkan oleh Bahagian Undang-undang (FAM) petang semalam mengenai isu Kuantan FA dan ia tidak seperti yang digambarkan pihak media.”

“Daripada laporan yang dihantar PFAM 28 Ogos yang lalu, cuma beberapa bulan saja gaji tidak dibayar serta membabitkan empat pemain bukan seluruh pasukan.”

Isu tunggakan gaji 11 bulan pemain Kuantan FA heboh dilaporkan media selepas Presiden PFAM, Hairuddin Omar membuat kenyataan terbuka dalam sesi ‘Face Off’ bersama-sama TMJ pada Ogos yang lalu.

Gambar: PFAM

Hairuddin menceritakan bagaimana beberapa pemain Kuantan FA kerap menghubungi beliau dan tidak ada duit untuk ke Kuala Lumpur bagi membuat aduan masalah mereka.

Timbalan Presiden Kuantan FA Datuk Wan Solihi Wan Hassan terkilan dengan sikap PFAM di dalam isu ini. Beliau berkata:

“Sebenarnya, tunggakan yang dikatakan 11 bulan itu bukan tepat sebaliknya hanya membabitkan tunggakan antara tiga hingga tujuh bulan setengah.”

“Kami akui berlaku tunggakan gaji seperti dilaporkan tapi ia tidak sampai 11 bulan dan pemain bukan tidak menerima sebarang pembayaran kerana mereka turut diberikan wang pendahuluan.

Wan Solihi: ‘Pemain masih mampu beraya’

Wan Solihi juga menafikan dakwaan pemain-pemain Kuantan FA tidak ada duit untuk beraya. Ini kerana mereka diberikan separuh gaji untuk meraikan aidilfitri tempoh hari.

“Tidak timbul pemain tidak dapat menyambut hari raya kerana diberikan separuh gaji untuk menceriakan sambutan sambutan itu.”

Beliau juga menyatakan pihak pengurusan Kuantan FA sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan tersebut sebelum berakhir musim ini.

“Kita tidak pernah mengabaikan kebajikan pemain dan sedaya upaya membayar gaji kerana tahu keadaan mereka jika tidak menerima gaji.”

Sumber

1. Harian Metro – Hanya 4 hingga 5 pemain saja sangkut gaji

2. Harian Metro – Kuantan FA Terkilan Sikap PFAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN