Kedah Darul Aman (KDA) menamatkan persaingan mereka dalam saingan Liga Super 2022 dengan sangat suram setelah sekali lagi merekodkan kekalahan pada aksi terakhir di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar.
Walaupun berkelebihan beraksi di gelanggang sendiri, KDA jelas gagal untuk memberi impak positif menerusi aksi yang sangat teruk sepanjang perlawanan berlangsung.
⚔ FULL TIME ⚔
FT | KDA FC 1 – 3 TERENGGANU FC
⚽ 4' Faisal Halim (TER)
⚽ 16' 74' Tchetche Kipre (TER)
⚽ 88' Dechi Marcel (KDA FC)#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS22 #KDATER pic.twitter.com/v6qT2KR17G— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 15, 2022
Sebaliknya pasukan pelawat iaitu Terengganu, mereka jelas selesa beraksi untuk memperoleh kemenangan penting untuk mengesahkan tiket ke saingan Piala AFC musim hadapan.
Menerusi tiga jaringan yang diledak oleh pasukan pelawat sudah cukup untuk meletakkan mereka sebagai naib juara Liga Super musim ini di belakang Johor Darul Tazim (JDT).
Sementara KDA sekadar menamatkan persaingan liga tahun 2022 di tangga kelapan dengan lapan kekalahan dicatat pasukan tersebut musim ini.
Berdasarkan perlawanan tersebut, terlalu banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan KDA untuk kali kelima berturut-turut pada penghujung musim.
Ketajaman posisi serangan Terengganu
Terengganu bermula dengan intensiti permainan yang sangat tinggi selepas wisel permulaan ditiupkan oleh pengadil perlawanan untuk mengasak kubu KDA.
Mereka hampir-hampir sahaja memperoleh gol pertama ketika perlawanan belum memasuki satu minit sebagai bentuk amaran buat pasukan tuan rumah.
Gandingan Faisal bersama Manuel Ott serta Tchetche Kipre jelas sangat berbahaya apabila mereka mempunyai pelan dan bergerak dalam satu unit untuk memburu jaringan.
4' GOL | Faisal Halim membuka tirai jaringan di Alor Setar seawal minit keempat!@kda_fc 0-1 @FCTerengganu #LigaSuper2022 pic.twitter.com/S9AYslzrW2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 15, 2022
Malah, pasukan ini juga sebenarnya boleh mendapat lebih daripada tiga jaringan, sekiranya penjaga gol KDA iaitu Ilham Amirullah tidak menyelamatkan keadaan.
Barisan pertahanan KDA yang tidak konsisten
Kembali dengan menggunakan sistem empat pemain pertahanan, Aidil Sharin Sahak telah menggandingkan dua tonggak tempatan iaitu Rodney Celvin Akwensivie bersama Akmal Zahir.
Masalah ketara pada perlawanan ini apabila masing-masing gagal untuk mencapai persefahaman yang baik serta sering membuat kesilapan tidak sepatutnya.
16' GOL | Tchetche Kipre menggandakan kelebihan Terengganu!@kda_fc 0-2 @FCTerengganu #LigaSuper2022 pic.twitter.com/UrLL9Kwlgv
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 15, 2022
Malah, pemain yang dianggap sangat bagus iaitu Akmal Zahir juga tidak konsisten pada perlawanan ini dan beberapa kali beliau membuat kesilapan yang membawa padah.
Tiada cengkaman di bahagian tengah KDA
KDA jelas tenggelam dengan kualiti barisan pemain tengah pasukan pelawat semalam yang menggandingkan Habib Haroon, Manuel Ott, dan Petrus Shitembi.
Ketiga-tiga pemain tersebut jelas mempunyai persefahaman baik, kualiti hantaran yang tinggi, serta menawarkan kreativiti individu untuk membantu Terengganu.
74' GOL | Tchetche Kipre menjaringkan gol ke-13 peribadinya musim ini!@kda_fc 0-3 @FCTerengganu #LigaSuper2022 pic.twitter.com/YjuOFVEzIE
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 15, 2022
KDA yang kembali membariskan Sanrawat Detchmitr, Dechi Marcel, dan Khairu Azrin jelas kehilangan punca dan sangat pasif untuk membantu serangan pasukan, selain lebih bergantung harap di bahagian sayap.