“Asia Tapi…”- Faisal Halim Beri Bayangan Tidak Akan Bersama Terengganu Musim Depan?

Pemain serangan lincah Terengganu, Faisal Halim telah memberi suatu tanda tanya semalam kepada para penyokong bola sepak tempatan, khususnya peminat Terengganu menerusi Facebook milik beliau, semalam.

Faisal yang menjadi tonggak utama buat Terengganu sejak menyertai kelab tersebut pada awal tahun lalu jelas menjadi salah seorang pemain kesayangan dalam kalangan penyokong di sana atas prestasi positif ditampilkan beliau.

Sepanjang bersama pasukan tersebut, Faisal telah membantu Terengganu dengan sangat baik untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2021, naib juara Piala FA 2022, serta menamatkan cabaran Liga Super 2022 di tangga kedua.

Prestasi yang dipamerkan oleh pemain bertubuh kecil ini jelas bukan sahaja cemerlang bersama Terengganu pada musim ini, malah Faisal turut mencipta reputasi baik di bawah kendalian Kim Pan-gon untuk mewakili skuad kebangsaan.

Berdasarkan tahap permainan Faisal sejak kebelakangan ini, maka tidak hairan jika ada banyak pasukan cuba merisik khidmat beliau untuk memperkukuhkan jentera serangan musim hadapan.

Malah, pemain itu juga pernah dikaitkan bersama beberapa kelab di Eropah pada tahun lalu sebelum ianya disahkn sebagai khabar angin sahaja.

Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik oleh Faisal semalam, beliau menyatakan rasa syukur atas kejayaan pasukan diwakilinya menamatkan cabaran liga dengan kedudukan selaku naib juara.

Namun, pada masa sama Faisal juga jelas melahirkan rasa sedih sambil memberi bayangan seolah tidak akan bersama pasukan itu lagi pada musim akan datang.

“Alhamdulillah, maka kini tamat lah Liga Super tahun 2022. Terengganu road to Asia 2023. Dalam gembira ada tangisan.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa? Anda ada jawapannya. Kita jumpa di Malaysia Cup,” luah Faisal menerusi Facebook rasmi beliau semalam selepas perlawanan terakhir Terengganu menentang Kedah Darul Aman (KDA).

Pada aksi semalam, Faisal menamatkan persaingan Liga Super dengan begitu cemerlang apabila membantu Terengganu mencatat kemenangan di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar.

Malah, pemain itu turut merekodkan nama selaku salah seorang penjaring gol dan banyak memberi masalah buat pertahanan tuan rumah untuk mengekang pergerakannya.

Sebelum itu, Faisal juga mengelak ketika ditanya mengenai soal masa depan beliau dalam karier sebagai pemain bola sepak profesional, sambil menyatakan fokus penuh ketika itu untuk Terengganu.

Antara pasukan yang dikaitkan beliau untuk musim hadapan ialah salah satu gergasi bola sepak tempatan, Selangor serta bekas kelab la diwakilinya dahulu iaitu Sri Pahang.

Namun sehingga kini masih belum ada kesahihan sebenar mengenai perpindahan beliau ke pasukan baharu dan sebagai pemain profesional, Faisal telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sangat baik bersama Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN