The Bos Gaurus Mengganas di Selayang, Tumpaskan Kuala Lumpur 3-0

Perlawanan kali ini menyaksikan Perak turun dengan membariskan kesebelasan utama terkuat mereka, manakala Kuala Lumpur merehatkan beberapa tonggak untuk fokus perlawanan seterusnya menentang Negeri Sembilan di saingan Liga Perdana.

Perlawanan ini juga disaksikan oleh jurulatih skuad kebangsaan iaitu Nelo Vingada.

Perak tampak dominan pada 15 minit pertama perlawanan dengan melancarkan serangan berganda melalui Yashir Pinto, Gilmar Filho dan Nazrin Nawi.

Manakala Kuala Lumpur sesekali melakukan serangan balas melalui gandingan Ibrahim Syaihul dan Ashri Chuchu.

Minit ke 15 kad kuning pertama dilayangkan oleh pengadil perlawanan iaitu Suhaizi Sukri kepada Nashir Basharudin kerana mengasari Bobirjon Akhbarov.

Berselang seminit kemudian giliran Bobirjon dilayangkan kad kuning kerana provokasi kepada pemain lawan.

Gambar: Perak TBG

Minit ke 19 perlawanan KL hampir mendahului melalui percubaan bahaya Ibrahim namun hanya tersasar kesebelah kiri gawang gol walaupun Hafizul Hakim telah tertewas.

Perlawanan kembali seimbang selepas itu dengan Perak dan Kuala Lumpur berbalas serangan melalui gandingan serangan pasukan masing-masing dengan beberapa percubaan bahaya ke arah gol. Separuh masa pertama berakhir 0-0.

Separuh masa kedua menyaksikan Perak melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan Shahrul Saad bagi menggantikan Amirul Azhan manakala Kuala Lumpur mengeluarkan Bobirjon dan memasukkan Nicholas Alenjandro Dul.

Pertukaran itu hampir membuahkan hasil buat Perak, apabila minit ke 52 perlawanan, hasil daripada lintang oleh Shahrul disambar oleh Thiago Aquino namun tiang gol menjadi penghalang buat beliau.

Dominasi Perak separuh masa kedua membuahkan hasil akhirnya apabila pada minit 57, Gilmar menanduk masuk tendangan percuma Nazrin Nawi disebelah kiri pintu gol . Kuala Lumpur 0-1 Perak.

Minit ke 70, sekali lagi hasil umpanan tendangan percuma Nazrin kali ini ditanduk oleh Leandro Dos Santos menjadikan Perak selesa mendahului dengan jaringan 0-2.

Kuala Lumpur mula menekan butang panik apabila memasukkan penjaring terbanyak mereka iaitu Guilherme De Paula dan import barunya iaitu Pualo Josue bagi menggantikan Ibrahim dan Ashri.

Namun Perak terus gagah apabila Gilmar sekali lagi menjaringkan gol hasil umpanan Shahrul bagi menutup terus peluang Kuala Lumpur untuk bangkit pada minit ke 81.

Perlawanan tamat, Kuala Lumpur 0-3 Perak.

Kesebelasan utama

Kuala Lumpur: Ahmad Solehin (penjaga gol), Hardee Samsuri,Ibrahim Syaihul (Paulo Josue),Ashri Chuchu (Guilherme De Paula), Borbijon Akhbarov (Nicholas Dul), Irfan Zakaria, Manaf Mamat, Zhafri Yahya, Muhamad Hisyamudin (ketua pasukan), Hazwan Rahman, Farid Ramli

Perak: Hafizul Hakim, Nasir Basharuddin (ketua pasukan), Shahrom Kalam (Kenny Pallaraj), Yashir Pinto, Nazrin Nawi, Nazirul Naim, Amirul Azhan(Shahrul Saad), Leonardo Dos Santos, Thiago Jr, Hafiz Kamal (Zaquan Adha), Gilmar Filho

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Suhaizi Sukri
  • Pembantu pengadil 1: Nojey AK Naking
  • Pembantu pengadil 2: Abdul Harun
  • Pengadil ke-4: Ghafar Zabri

Kepada penyokong-penyokong Perak Darul Ridzuan!

Anda boleh mendapatkan jersi Perak 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA.

Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN