Kuala Lumpur Terlepas Peluang Kukuhkan Cengkaman Takhta Liga Premier, Tumpas 1-2 Kepada Terengganu

Masih banyak yang perlu diperbaiki oleh Kuala Lumpur FA jika mahu menjuarai 100Plus Liga Premier 2017 selepas mempamerkan persembahan di bawah tahap sebenar di Stadium Selayang malam semalam.

Kuala Lumpur tumbang 1-2 kepada Terengganu FA, sekaligus menyebabkan mereka jatuh ke tangga ke-3 liga.

Terengganu kuasai separuh masa pertama

Selepas merehatkan 4 pemain import (keempat-empat mereka tidak bermain 90 minit penuh) ketika seri 0-0 dengan PKNS FC dalam aksi TM Piala Malaysia, Kuala Lumpur memulakan perlawanan dengan lebih yakin.

Seawal 5 minit pertama, Kuala Lumpur sudah pun mencemaskan penyokong Terengganu. Hasil Sepakan percuma Paulo Josue dan Bobirjon Akbarov yang tepat ke arah gol, Suffian Rahman dipaksa mempamerkan aksi penjaga gol yang cemerlang untuk menafikan percubaan mereka.

Bagaimanapun setakat itu sahaja ancaman Kuala Lumpur pada separuh masa pertama. Selepas itu, Terengganu pula mendominasi perlawanan.

Dengan kelajuan dan kelincahan penyerang utama Terengganu Kipre Tchetche kerap kali menewaskan kawalan ketat Bobirjon, Kuala Lumpur makin lama bermain dengan lebih deep – untuk menafikan ruang yang boleh dieksploit Tchetche.

Di tengah, aksi cemerlang duo Faiz Nasir dan Gabriel Davis langsung menenggelamkan persembahan jentera tengah Kuala Lumpur yang dianggotai oleh Zhafri Yahya, Paulo Josue dan Nicholas Dul.

Ketika inilah penyokong Kuala Lumpur mula merungut mengenai ketiadaan Irfan Zakaria yang menyahut panggilan skuad bawah-23 negara di Bangkok.

Kelincahan Faiz digabung pula dengan skil Gabriel membuatkan jentera tengah Terengganu tiada masalah untuk mencipta peluang demi peluang untuk Tchetche, J. Partiban dan Azi Shahril.

Akhirnya pada minit 22′ Tchetche berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan. Berpunca daripada hantaran baik daripada Gabriel, Tchetche mencuba dari luar kotak penalti.

Kredit: Terengganu FA

Kamarul Effandi cuba menyelamatkan rembatan tersebut. Tetapi ia terlalu deras dan tepat untuk Terengganu mendahului 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

KL bangkit separuh masa kedua

Barangkali baru diberi hair drying treatment oleh ketua jurulatih Kuala Lumpur Fabio da Silva, Kuala Lumpur nampak seperti sebuah pasukan berbeza selepas aksi separuh masa kedua bermula.

Tanpa sebarang pertukaran pemain, Kuala Lumpur memanfaatkan kekuatan mereka di bahagian sayap untuk mendominasi aksi selepas rehat.

Jika pada separuh masa pertama Hafiz Johar dan Ashri Chuchu jarang-jarang mendapat servis, pada separuh masa kedua banyak peluang-peluang pasukan tuan rumah bermula daripada gerakan mereka.

Cuma kadang-kala ketiadaan sokongan daripada bek sisi mereka, Zaiful Abd Hakim (kanan) dan Azmeer Yusof (kiri) menyebabkan banyak serangan sayap Kuala Lumpur tidak menjadi.

Dalam usaha untuk memperbaiki situasi ini, Fabio da Silva mengeluarkan Zaiful (yang mempunyai kad kuning hasil kekasaran kepada Tchetche pada separuh masa pertama) dan memasukkan Naim Nazmi.

Ia membuahkan hasil.

Serangan sayap KL buat Terengganu panik

Komitmen dan usaha Naim Nazmi untuk membantu pasukannya wajar diberi pujian. Beliau kerap kali memulakan serangan Kuala Lumpur dengan mengejar hantaran-hantaran ke ruang yang dibuat oleh Josue.

Dengan adanya 2 pemain sayap ofensif – Naim dan Hafiz Johar – di sebelah kanan (sebagai pemain sayap dan bek sisi), Kuala Lumpur jelas mahukan gol.

Dan hasilnya Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil gol cantik Guilherme de Paula.

Berpunca daripada gerakan Naim di sebelah kiri, Kuala Lumpur kemudiannya melancarkan serangan menghantar bola ke de Paula.

Sebaik bola tiba di kaki de Paula, Ashri, Naim dan Josue masing-masing berlari ke depan sambil meminta bola.

Jika penyerang lain akan memberikan bola tersebut kepada Ashri, Naim atau Josue, de Paula mempunyani idea yang lain. Beliau terus melepaskan misil rembatan jarak jauh.

Bola meluru laju dan tepat ke arah bucu atas sebelah kanan penjaga gol. Gol tersebut nyata menyemarakkan semangat de Paula yang sebelum ini kemas diikat Lazaro Vinicius sepanjang perlawanan.

Kredit: Kuala Lumpur The City Boys

De Paula terus meraikan jaringannya dengan menyepak tong sampah dan merosakkan notis stadium.

Gol tersebut sangat signifikan kerana:

  1. ia gol yang sangat cantik
  2. ia gol pertama yang dibolosi Terengganu dalam tempoh 4 perlawanan atau selama 469 minit

Pengadil menghadiahkan de Paula kad kuning atas keraian jaringan tersebut. De Paula memprotes kad kuning tersebut tetapi tidak dilayan pengadil.

Penyokong Kuala Lumpur sekadar tersenyum melihat gelagat pendahulu penjaring terbanyak 100Plus Liga Premier 2017. Apa yang penting bagi mereka dalah Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

KL leka seketika

Selepas gol tersebut, Kuala Lumpur terus galak menyerang.

Bagaimanapun kesilapan Bobirjon dan Azmeer yang gagal mengeluarkan bola di kawasan bahaya menghadiahkan peluang untuk Tchetche mencuri bola dan membawa ke kawasan penalti pasukan tuan rumah.

Cemas dengan aksi lincah Tchetche, pertahanan Kuala Lumpur menjatuhkan Tchetche dalam kotak penalti. Pengadil tak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti kepada Terengganu yang kemudiannya disempurnakan oleh Gabriel Davis.

Kuala Lumpur 1-2 Terengganu.

Kuala Lumpur cuba bangkit dengan menukar taktikal mereka. Ketika perlawanan berbaki 10 minit, Fabio da Silva memasukkan Hisyammudin Shaari dan mengarahkan Bobirjon bermain di bahagian serangan bersama de Paula.

Bagaimanapun semuanya terlalu lambat buat Kuala Lumpur untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 mata. Kedudukan tak berubah sehinggalah tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Terengganu pula menjadi peneraju 100Plus Liga Premier 2017 dengan kelebihan 1 mata di depan Negeri Sembilan FA.

Pemain terbaik perlawanan: Lazaro Vinicius (Terengganu)

Kepada penyokong-penyokong Terengganu Darul Iman!

Anda boleh mendapatkan jersi Terengganu 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA.

Malah kami juga ada jersi pasukan hoki Terengganu musim 2017! Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Terengganu 2017
SBX – Terengganu 2017
SBX – Terengganu 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN