Alvaro Morata Kini Bergelar Pemain Chelsea, Andrew Robertson Sah Sertai Liverpool

Nampaknya urusan perpindahan telah pun lengkap dan terlaksana!

2 kelab Premier League, Chelsea dan juga Liverpool telah berjaya mendapatkan pemain yang disasarkan mereka sebelum ini.

Chelsea akhirnya telah pun melengkapkan perpindahan bagi pemain Real Madrid iaitu Alvaro Morata.

Morata yang sering menjadi pilihan kedua di belakang Karim Benzema di bahagian serangan menyertai juara Premier League itu dengan jumlah perpindahan yang cukup besar iaitu £70 juta.

Perpindahan Morata juga melibatkan kontrak jangka panjang iaitu selama 5 tahun.

Morata akan menyertai skuad Chelsea yang kini berada di Asia untuk latihan pra-musim.

Liverpool berjaya mendapatkan pertahanan Scotland iaitu Andrew Robertson dengan nilai perpindahan sebanyak £10 juta.

Apa yang menarik, Liverpool mengikat pertahanan kiri tersebut untuk jangka masa panjang dengan tempoh kontrak tidak didedahkan.

Walaupun begitu, Liverpool telah melepaskan pemain Kevin Stewart sebagai ganti kepada pembelian Robertson.

Stewart dilepaskan dengan jumlah perpindahan yang hampir sama ke Hull City tetapi dengan kontrak lazim selama 3 tahun.

Semoga berjaya buat Morata dan Robertson di kelab baharu masing-masing.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Andrew Robertson: Liverpool sign defender from Hull City for £10m; http://www.bbc.com/sport/football/40666486
  2. Chelsea (2017): Morata is a Blue; http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2017/07/morata-is-a-blue.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN