TERKINI: Kuala Lumpur Rehatkan Fabio Maciel Dari Tugas Jurulatih

Kini, satu lagi jurulatih dari unifi Liga Super direhatkan.

Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel telah direhatkan dari tugas beliau oleh pihak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Menurut laman Dunia Sukan, keputusan untuk merehatkan Maciel ini diambil selepas Kuala Lumpur mengalami prestasi yang tidak menentu sejak dari saingan Liga Super.

Untuk rekod, Maciel dan Kuala Lumpur hanya mampu mengutip 4 mata sahaja daripada 5 perlawanan terakhir liga iaitu seri 3-3 bersama Selangor dan menang 2-1 ketika menentang Negeri Sembilan.

Dalam 5 perlawanan tersebut, Kuala Lumpur juga mengalami kekalahan perit apabila dibelasah 5-1 oleh pasukan Perak di laman sendiri selain kalah kepada Terengganu dan Johor Darul Ta’zim pada hari terakhir liga.

KUALA LUMPUR 04 FEBRUARI 2018. Jurulatih pasukan Kuala Lumpur, Fabio Joaquim Maciel Da Silva pada aksi Liga Super 2018 diantara Kuala Lumpur menentang Selangor di Stadium Kuala Lumpur, Cheras. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

Hal ini menyebabkan Kuala Lumpur menamatkan liga di tangga ke-10, satu tangga di atas zon penyingkiran yang dihuni Kelantan dan Negeri Sembilan.

Pihak pengurusan KLFA merasakan ianya adalah penamat buat Maciel apabila melihat skuad Warga Kota itu dibelasah teruk pada perlawanan pertama unifi Piala Malaysia.

Kuala Lumpur dibelasah oleh Terengganu 5-1 di laman sendiri dekat Cheras, tempoh hari.

Tugas Maciel kini akan disandang oleh pembantu beliau iaitu Chong Yee Fatt untuk sekurang-kurangnya sehingga tamat musim 2018.

Kuala Lumpur dijangka akan mencari jurulatih baharu untuk musim akan datang.

Maciel menjadi jurulatih ke-6 yang direhatkan dalam kalangan pasukan Liga Super pada musim ini.

Beliau menyertai Sathit Bensoh, Ramon Marcote, P. Maniam, Azraai Khor dan juga Eduardo Almeida yang direhatkan oleh pasukan masing-masing di awal musim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN