Kuala Lumpur Mahu Pastikan 3 Mata Penuh Dibawa Pulang Dari Ipoh

Selepas disingkirkan oleh Selangor di peringkat suku akhir Shopee Piala FA sabtu lepas, pasukan Kuala Lumpur kini mengalihkan fokus mereka dalam saingan Liga Super malam ini.

Mereka bertandang ke Stadium Perak, Ipoh dengan misi untuk mengutip 3 mata penuh dan terus mencabar pasukan yang menduduki kedudukan teratas liga.

Meskipun kekalahan kepada Selangor sudah pun dilupakan, pengendali skuad itu, Fabio Maciel mengharapkan anak buahnya mampu mengekalkan aksi 90 minit yang cemerlang seperti yang dipamerkan ketika berdepan Selangor.

“Saya pasti pertemuan dengan Perak akan menjadi perlawanan yang sengit. Kami bertandang ke gelanggang lawan dan saya sedar Perak mempunyai pemain yang berkualiti.

“Tapi kami sudah melakukan persediaan terbaik walaupun mungkin tidak memiliki banyak masa untuk berlatih bagi aksi seterusnya berdepan PKNS.

“Apapun, saya tetap meletakkan keyakinan tinggi terhadap semua pemain dan berharap mereka dapat mempamerkan persembahan terbaik seperti ketika berdepan Selangor,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Namun Maciel akui, mereka bakal berdepan cabaran sukar untuk mengekalkan tahap kecergasan pemain kerana perlu mengharungi tiga aksi Liga Super dalam tempoh enam hari bermula dengan pertembungan dengan The Bos Gaurus malam ini.

Kuala lumpur dijadualkan bertemu PKNS di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Rabu ini sebelum berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV untuk berdepan Kelantan, tiga hari kemudian.

Jadual perlawanan yang padat ini bermakna Fabio Maciel perlu melakukan “rotation” pemain dan beliau merasakan tidak ada masalah kerana pemainnya faham apa yang dirancang olehnya.

“Saya fikir tidak mempunyai masalah untuk menentukan siapa pemain yang akan diturunkan kerana mereka semua akan mengikut segala perancangan yang lakukan, termasuk ketika bertahan dan menyerang.

“Sebab itu saya boleh menukarkan mana-mana pemain tanpa mengubah strategi yang sudah direncanakan,” katanya.

Kuala Lumpur kini berada di kedudukan kelapan liga super selepas mengumpul tujuh mata daripada enam perlawanan, manakala Perak menghuni tangga kelima dengan 10 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN