Kuala Lumpur Juara Liga Perdana 2017, ATM Dan Perlis Tersingkir

Hari terakhir Liga Perdana 2017 pastinya menarik untuk diikuti kerana 2 pasukan iaitu Terengganu dan Kuala Lumpur akan menentukan siapakah yang akan mara ke Liga Super dengan status juara liga.

Kedua-dua pasukan sudah pun sah mara sebelum perlawanan ini bermula.

Kuala Lumpur juara!

Kuala Lumpur menewaskan Terengganu untuk menjuarai Liga Perdana 2017 pada hari terakhir. Ini selepas Terengganu gagal mengambil kesemapatan di atas kekalahan mereka.

Paling menarik adalah Kuala Lumpur juara kerana kelebihan perbezaan jaringan. Kuala Lumpur memiliki rekod pertahanan dan gol yang lebih baik daripada pasukan Terengganu.

Terengganu memiliki peluang untuk meraampas kejuaraan ini selepas mendahului awal perlawanan di Perak menerusi penyerang sensasi mereka Tchetche Kipre.

Namun mereka hanya mampu melihat kebangkitan PKNP yang menamatkan musim cemerlang mereka dalam musim debut. PKNP menang 3-1 ke atas Terengganu dan berjaya menamatkan liga di tangga ke-3.

Kuala Lumpur hampir kempunan kejuaraan sekali lagi apabila pemain sensasi JDT II Jeronimo Barrales yang juga digelar Apache Assassin telah meletakkan JDT di hadapan.

Kredit Foto – JST

JDT II mendahuli 3 gol dan De Paula menyumbat gol sagu hati untuk pasukan KLFA yang gemuruh menunggu keputusan di Perak.

Jika Terengganu seri ataupun menang, skuad Irfan Bakti akan memintas mereka di saat akhir.

Kuala Lumpur berjaya mengakhiri penantian 5 tahun untuk kembali semula ke Liga Super. Kali terakhir mereka beraksi di Liga Super adalah pada musim 2012.

Ia juga piala domestik major mereka yang pertama dalam tempoh 18 tahun. KLFA juara Liga Perdana 1999. Trofi terakhir mereka adalah pada 2000 menerusi Piala Sumbangsih, 17 tahun lalu.

Kekal dan tersingkir

ATM dan Perlis pernah menjadi pasukan elit dalam bola sepak negara kita satu ketika dahulu. Namun semalam mereka gagal menyelamatkan diri daripada tersingkir.

Kedua-dua pasukan terkena impak yang besar selepas dipotong mata kerana isu gagal menyelesaikan hutang sebelum ini. Jika tidak, ATM pastinya masih kekal dalam Liga Perdana pada hari ini.

MISC-MIFA yang terpalit skandal mengatur perlawanan pada awal musim berjaya menang ke atas PDRM 3-0 untuk kekal di Liga Perdana.

Jadi sebarang keputusan di antara ATM menentang Perlis tidak memberikan impak kepada mereka. Berikut adalah keputusan penuh semalam:

KEPUTUSAN PENUH:

  • MISC-MIFA 3 PDRM 0
  • PKNP FC 3 Terengganu 1
  • UiTM FC 4 Kuantan FA 1
  • Sabah 2 Negeri Sembilan 1
  • JDT II 3 Kuala Lumpur 1
  • ATM 2 Perlis 1

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN