Kroos Diundi Pemain Terbaik Jerman, Ter Stegen Hanya Dapat 10 Undian Di belakang Ulreich

Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos telah dipilih sebagai pemain terbaik Jerman 2017/18. Ini adalah kejayaan pertama beliau merangkul anugerah inidvidu itu.

Kroos pemain tengah yang memiliki visi permainan dan hantaran luar biasa telah konsisten berada dalam prestasi terbaik dalam beberapa musim.

Sebelum ini, pada tahun lalu beliau hampir mendapat anugerah tersebut namun tewas di tangan Phillip Lahm.

Anugerah tersebut adalah hasil undian daripada pengamal media sukan di Jerman. Kroos menjadi pemain penting membantu Real Madrid menjuarai UCL pada musim lalu.

Kroos mendapat 189 undian. Penyerang Freiburg, Nils Peterson di tempat kedua dengan 39 undian.

Agak mengejutkan Ter Stegen di tempat ke-7, hanya mendapat 10 undian walaupun membantu Barcelona menjuarai La Liga musim lalu. Beliau juga antara penjaga gol terbaik di Eropah berdasarkan prestasi.

Ter Stegen juga menjadi penjaga gol utama Jerman dalam kempen kelayakan Piala Dunia dan turut beraksi cemerlang ketika ketiadaan Neuer.

Ulreich yang seringkali melakukan kesilapan tak masuk akal pada musim lalu pula mendapat 18 undian, 8 undian lebih banyak daripada Ter Stegen untuk berada 1 tangga di atas Ter Stegen.

Pemain muda terbaik PFA 2017/18, Leroy Sane mendapat 22 undian berada di tangga ke-4.

Kroos ternyata gembira dengan pengiktirafan itu dan berkata:

“Sentiasa menjadi satu kebanggaan untuk dinobatkan pemain terbaik Jerman. Ianya tak mudah dan bukan semua boleh mendapatnya.”

Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes berjaya menggondol anugerah Jurulatih Terbaik Jerman mengatasi Domenico Tedesco.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN