Pergaduhan agen Yaya Toure, Dimitri Seluk dengan Pep Guardiola sebenarnya sudah bermula sejak kliennya dijual oleh Guardiola (ketika itu masih mengurus Barcelona) ke Manchester City.
Sejak itu Dimitri Seluk tidak pernah berhenti menyerang Guardiola secara verbal di media.
Kredit kepada Guardiola. Anda tak boleh lawan api dengan api. Jadi beliau lebih banyak berdiam diri berbanding membuang masanya dengan membalas kenyataan Seluk.
Bagaimanapun itu masih tidak cukup untuk menghentikan serangan verbal Seluk. Sehinggakan kami sendiri dah keliru dengan jumlah kenyataan Seluk terhadap Guardiola dan masa beliau membuat kenyataan tersebut.
Jadi kami sediakan kronologi pergaduhan mereka.
Muat turun infografik ini (klik link ini)