Krisis Kecederaan Pemain Pertahanan Runsingkan Pep Guardiola

Guardiola

Krisis kecederaan barisan pertahanan yang menghantui Manchester City jelas membuatkan pengendali pasukan, Pep Guardiola pening kepala bagi menyelesaikan masalah dihadapi.

The Cityzens sebelum ini telah kehilangan khidmat Aymeric Laporte akibat kecederaan lutut yang memaksa pemain kelahiran Perancis itu diketepikan hampir enam bulan manakala yang terbaharu John Stones terpaksa berehat lima minggu selepas aksi bertemu Norwich City tempoh hari.

Berikutan krisis pertahanan itu, Guardiola telah menggandingkan Nicolas Otamendi bersama Fernandinho ketika bertemu Shakhtar Donetsk pada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Gandingan tersebut beraksi cemerlang dalam membantu Manchester City meraih kemenangan 3-0 hasil jaringan Riyad Mahrez, Ilkay Gundogan dan Gabriel Jesus.

Namun bagi Pep Guardiola, beliau tidak melihat duo pertahanan tengah itu mampu beraksi pada setiap perlawanan buat Manchester City atas faktor usia mereka.

”Saya tidak memiliki sebarang keraguan [Fernandinho] mampu melakukannya. Nico [Nicolas Otamendi] berusia 31 tahun. Fernandinho 34 tahun dan pilihan lain [Eric Garcia] adalah 18 tahun. Untuk tiga atau empat bulan lagi saya tidak tahu apa yang akan berlaku.”

”Kedua-dua mereka mempamerkan permainan yang luar biasa. Nico menunjukkan personaliti yang luar biasa selepas apa yang berlaku pada perlawanan terdahulu [kesilapan bertemu Norwich City].”

”Kami memerlukan penyelesaian lain – Mungkin Rodri atau Kyle Walker kerana mereka [Otamendi dan Fernandinho] tidak boleh beraksi di setiap perlawanan pada usia mereka itu,” ujar Guardiola lagi.

Manchester City akan menanti kunjungan Watford pada aksi keenam Liga Perdana Inggeris yang berlangsung Sabtu ini dalam misi kembali memperoleh kemenangan selepas dikejutkan Norwich City, minggu lalu.

Kredit foto: Manchester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN