Pengurus Manchester United menyatakan beliau bimbang dengan prestasi pasukannya sempena aksi Manchester United berhadapan dengan Leicester di Old Trafford malam ini.
Solskjaer memberitahu wartawan bahawa pegawai perubatan di United, sangat sibuk buat masa ini dengan deretan nama pemain yang tidak cergas.
Terbaru Paul Pogba menyertai nama-nama seperti Luke Shaw dan juga Anthony Martial, serta beberapa lagi pemain lain yang masih belum cergas sepenuhnya.
BREAKING: Paul Pogba, Anthony Martial and Luke Shaw have been ruled out of Manchester United's clash with Leicester this weekend with injury.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 13, 2019
Bercakap kepada wartawan, Ole berkata: “Bilik rawatan kami sangat sibuk, dan sekarang pun masih sibuk.”
“Kita sendiri tidak pasti, siapa sebenarnya pemain yang benar-benar bersedia untuk beraksi untuk perlawanan ini.”
“Mungkin Jesse, antara mereka yang boleh bermain.”
“Leicester, seperti yang kita sedia maklum, akan sentiasa menjadi lawan yang sukar. Salah sebuah pasukan yang mahu berada di 4 teratas. Itu saya pasti. Mereka ada pemain-pemain yang bagus serta pengurus yang bagus, dan sudah membuktikan dirinya.”
“Untuk mendapatkan mata daripada perlawanan ini, kami perlu bermain baik.”
Solskjaer mengesahkan Paul Pogba tidak akan beraksi kecualilah pemain itu dapat sembuh dengan ajaibnya malam semalam.
Malah, Solskjaer sendiri menyatakan Paul Pogba tidak dapat menghadiri sesi latihan penuh pada minggu ini.
Ketiadaan Pogba pastinya meresahkan Manchester United. Ini kerana pemain itu adalah nadi penting United di bahagian tengah.
Ini merupakan aksi pertama Harry Maguire berhadapan dengan kelab lamanya, selepas berpindah dengan rekod perpindahan dunia untuk bek tengah.
Leicester antara 3 pasukan yang masih belum tewas selepas 4 perlawanan EPL musim ini. Mereka berada di tanggan ketiga.
Manakala, skuad Mancheter United mahu memperbaiki aksi mereka selepas gagal mencatat kemenangan dalam 3 perlawanan berturut-turut, dalam usaha mereka mahu berada di 4 teratas.