Kovac, Bayern Munich Berpisah Selepas Dimalukan Eintracht Frankfurt 5-1

Bayern Munich akhirnya berpisah dengan pengurus pasukan, Niko Kovac.

Keputusan tersebut diambil selepas jaguh Bundesliga itu tewas 5-1, yang merupakan kekalahan kedua Bayern Munich selepas 10 perlawanan liga pada musim ini.

Kovac mengambil keputusan untuk pergi pada ketika Bayern menduduki tangga ke-4 liga, empat mata di belakang pendahulu, Bayern Moncheladbach.

Bekas pemain antarabangsa Croatia berusia 48 tahun itu mulai mengendalikan Bayern pada Julai 2018, dan memimpin kelab tersebut untuk gelaran juara berganda di pertandingan domestik pada musim lalu.

Sepanjang mengendalikan kelab Bavarian itu, Kovac telah memenangi 45 perlawanan dari keseluruhan 65 perlawanan. Kekalahan pada hujung minggu lalu adalah yang terbesar di dalam sejarah kelab tersebut di Bundesliga.

Melalui satu kenyataan rasmi dari Bayern, keputusan tersebut diambil hasil persetujuan bersama keda-dua pihak semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Karl-Heinz Rummenigge berkata: “Prestasi pasukan sejak beberapa minggu lalu memberi indikasi harus berlaku rombakan.

“Kami melakukan perbincangan yang serius dan terbuka bersama Niko [Kovac] pada Ahad, dan hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak, Niko bukan lagi Ketua Jurulatih di FC Bayern.

“Kami kesal dengan perkembangan ini. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Niko Kovac bagi pihak FC Bayern untuk kerja keras beliau, terutamanya untuk kejayaan pada musim lalu.”

Kovac melalui laman sesawang rasmi kelab turut berkata ia adalah keputusan tepat yang perlu dilakukan.

Pembantu Jurulatih, Hansi Flick akan mengendalikan Bayern Munich di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Olympiakos pada Rabu dan perlawanan Bundesliga menentang Borussia Dortmund pada Sabtu akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN