Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan beliau sebenarnya berminat untuk membawa masuk kapten Barcelona, Lionel Messi ke kelabnya, tetapi melihat kemungkinan tersebut agak tipis kerana melibatkan kos yang besar.
Messi mengejutkan dunia bola sepak pada awal minggu ini apabila beliau secara terbuka menyatakan keinginannya untuk meninggalkan Barcelona selepas hampir dua dekad berkelana di kelab Catalan tersebut.
“Jika ditanya adakah berminat,, ya sudah tentu. Siapa yang tak nak Messi dalam pasukan mereka. Tapi nombor [gaji dan harga] jelas tidak sesuai dengan kami. Tak pernah terfikir pun tentang kemungkinan tersebut, memang tak ada peluang. Tetapi saya akui dia memang pemain yang bagus,” ujar Klopp.
Klopp: ‘No chance’ Liverpool signing Messi https://t.co/Ui6ppCM9xT pic.twitter.com/YstAEXEMxq
— FOOTBALL FLAME (@footballflame01) August 28, 2020
Kajian yang dibuat oleh akhbar Perancis L’Equipe pada awal tahun ini menunjukkan Messi menerima gaji kira-kira €8.2 juta (RM40.7 juta) sebulan di Nou Camp.
Nilai tersebut jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo dan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar yang masing-masing menerima €4.5 juta dan €5 juta sebulan.
Manchester City yang kini dikendalikan mentor Messi, Pep Guardiola yang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas di belakang Liverpoll kini menjadi pasukan pilihan untuk mendapatakan penyerang Argentina tersebut.
“Jika perlu bersaing dengan City, tentulah lebih sukar. Bagaimanapun EPL sangat beruntung jika pemain terbaik dunia beraksi di sini. Tentu menarik kerana Messi tak pernah bermain di liga lain luar dari Sepanyol. Saya nak sangat lihat ia berlaku,”
City Dalam Kedudukan Terbaik Untuk 'Rampas' Messi Dari Barcelona https://t.co/IHBqn6wqGt pic.twitter.com/wylbK4hLBZ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 17, 2020
Klopp melihat pencapaian peribadi Messi yang sudah memenangi semua kejuaraan utama bersama Barcelona selain rekod meraih anugerah Ballon d’Or sebanyak enam kali sudah cukup untuk membuktikan reputasinya.
Namun dengan umurnya yang sudah mencecah 33 tahun, timbul persoalan adakah beliau mampu memberikan impak yang diharapkan bersama pasukan baharunya, apatah lagi beraksi di liga England yang menjanjikan saingan sengit setiap pasukan bertanding.
Dalam perkembangan lain, Klopp mengesahkan pemain pertahanan tengahnya, Virgil Van Dijk yang mengalami kecederaan kepada ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang RB Salzburg tempoh hari sudah cergas sepenuhnya untuk berdepan Arsenal dalam penentuan pemenang Perisai Komuniti pada Ahad ini.
Jordan Henderson yang terlepas empat perlawnaan terakhir EPL sebelum ini juga bersedia untuk diturunkan, namun Trent Alexander-Arnold mungkin terpaksa diketepikan kerana masih belum pulih.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool: