Korea Utara Mahu Menewaskan Malaysia Sekali Lagi

Permainan psikologi nampaknya sudah bermula apabila jurulatih Korea Utara, Jorn Andersen melaungkan keyakinan bahawa mereka akan mencatat satu lagi kemenangan ke atas pasukan Harimau Malaya selepas menewaskan lawan yang sama, 4-1 kelmarin.

Beliau menegaskan sudah merencana strategi lebih mantap untuk memburu tiga mata penting berdepan Malaysia pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, malam ini.

“Saya sudah melihat semula video perlawanan Jumaat lalu dan membuat analisa bagi membentuk strategi lebih mantap untuk perlawanan malam ini,” katanya.

Andersen menjelaskan, beberapa perubahan bakal dilakukan bagi mengelak perancangan mereka dikesan skuad Harimau Malaya yang turun dengan misi wajib menang.

“Segala perubahan akan saya putuskan nanti, namun saya percaya kami mampu untuk menewaskan Malaysia sekali lagi,” katanya dalam sidang media.

Sidang Media di Stadium I-Mobile Buriram. (Gambar: FAM)

Andersen turut berwaspada terhadap ancaman Harimau Malaya dan tidak kisah mengenai perancangan Malaysia kerana sudah beberapa kali melakukan analisis berkenaan corak permainan skuad kendalian Nelo Vingada itu.

“Mungkin bukan tugas mudah kerana Malaysia akan bermain mati-matian untuk menghidupkan peluang mereka dan kami harus bersedia,” jelasnya.

Beliau juga mengakui terkejut apabila Vingada menyenaraikan ramai pemain muda ketika pasukannya meraih kemenangan 4-1 di stadium sama, kelmarin.

“Malaysia pasukan yang bagus, cuma saya terkejut mereka menurunkan ramai pemain muda. Tapi ia sebenarnya bagus untuk masa depan pasukan mereka,” katanya.

Korea Utara yang menghuni tangga kedua Kumpulan B selepas mengutip lima mata, memerlukan dua kemenangan lagi untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019.

Kedudukan terkini kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019

Secara matematiknya, Malaysia masih berpeluang untuk menduduki sekurang-kurangnya tempat kedua dalam kumpulan dengan syarat menewaskan pasukan Korea Utara malam ini sambil mengharapkan Hong Kong tewas kepada Lebanon.

Jadi, malam ini adalah misi wajib menang atau anak buah Nelo Vingada terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia 2019. Ianya sukar tetapi tidak mustahil jika pemain berusaha bersungguh-sungguh untuk menewaskan Korea Utara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN