Qayyum Sah Sertai PKNS FC

Akhbar tempatan hari ini melaporkan bekas pemain pertahanan Kelantan, Mohd Qayyum Marjoni Sabil sah menyarung jersi PKNS FC pada saingan Liga Super musim depan.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu, dia telah menandatangani kontrak selama setahun dengan opsyen tambahan setahun bersama pasukan berkenaan.

Beliau membuat keputusan untuk memilih berhijrah ke kelab berpangkalan di Lembah Klang itu dibuat bagi merasai suasana baharu setelah hampir dua tahun bersama pasukan negeri kelahirannya itu.

“Sebagai pemain profesional, soal berhijrah ke pasukan lain merupakan perkara biasa. Pemain datang dan pergi tetapi pasukan tetap kekal pasukan buat selama-lamanya.

“Saya ucap terima kasih kepada pengurusan tertinggi Kafa (Persatuan Bola Sepak Kelantan) dan penyokong serta berharap mereka merestui penghijrahan saya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gambar : MalayMail

Mohd Qayyum merupakan produk yang lahir daripada skuad Piala Presiden dan dianggap pemain masa hadapan setelah diberi kepercayaan K.Devan berada dalam kesebelasan utama ketika melatih skuad pantai timur itu, pada musim 2016.

Selain itu, beliau turut menjelaskan perpindahannya ke PKNS FC bukan disebabkan faktor gaji sekalipun tawaran yang dikemukakan skuad The Red Ants itu mungkin agak sukar ditolak.

Sebaliknya, bekas pemain Harimau Muda itu menjelaskan penghijrahannya ke PKNS FC atas dasar mengembangkan karier selain bercita-cita mahu mewakili skuad negara.

“Semua pemain mempunyai impian untuk mewakili negara kerana ia merupakan pengiktirafan tertinggi dalam kerjaya bola sepak dan saya juga tidak terkecuali. Insya-ALLAH bersama pasukan baru itu nanti, saya akan berusaha menunjukkan prestasi terbaik bagi membalas kepercayaan mereka,” katanya.

PKNS FC turut mengumumkan 10 pemain dikekalkan bersama pasukan itu menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Sementara itu, bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk Rajagopal dikhabarkan akan membimbing pasukan PKNS FC musim depan.

Ini berdasarkan bukti melalui media sosial dimana laman facebook PKNS FC menyiarkan gambar Datuk Rajagopal sedang bermain badminton serta pengesahan daripada admin laman facebook Kedah FA.

Apapun, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Rajagopal bersama pasukan baru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN