Kontrak Berbaki Setahun & Gaji Tidak Mewah, Kenapa Tiada Kelab Liga M Lamar Nguyen Quang Hai?

Nguyen Quang Hai Vietnam Liga Malaysia tak minat ke

Adakah bintang sensasi Vietnam yang membawa mereka melangkah ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020, Nguyen Quang Hai langsung tidak menarik minat pasukan dari Liga Malaysia (Liga M) untuk direkrut?

Menurut laporan portal Majoriti, beberapa pasukan Liga M berminat dengan bakat pemain berusia 24 tahun itu antaranya seperti Terengganu FC, Penang FC, Sri Pahang, Sarawak United dan juga Negeri Sembilan FC.

Menurut seorang penulis sukan dari Vietnam, kontrak ‘playmaker’ Golden Dragon, Nguyen Quang Hai dengan Hanoi FC hanya berbaki sehingga penghujung tahun 2022 dan boleh didapati secara percuma selepas itu.

Beliau hanya mahu melihat sama ada, ada kelab dari Asia yang akan berminat selepas beliau membuat ciapan tersebut. Ciap Dzung Le di Twitternya, “Jika ada kelab di Asia yang tertanya-tanya, Quang Hai dan Thanh Chung berada di tahun akhir kontrak mereka dan boleh didapati secara percuma pada penghujung tahun 2022.”

Dan bagi yang mungkin beranggapan gaji pemain dari V-League tinggi dan mungkin tak mampu digapai pasukan dari Liga Super Malaysia, sebenarnya anda salah. Menurut penganalisis bola sepak di Malaysia, Zuraimi Zukri yang memetik daripada beberapa sumber, gaji pemain di V-League tidaklah terlalu mewah.

Katanya di Facebooknya awal Februari lalu, “Menurut 1 artikel dari #sports442 pertengahan 2019 berkaitan gaji pemain V-League, pemain seperti [Nguyen] Van Quyet adalah sekitar RM6,200 hingga RM6,700 selepas cukai.”

“Pemain nama besar seperti Quang Hai, Dinh Trong atau Duy Manh juga tidak terlalu tinggi. Pasukan sederhana SLNA memberi gaji dalam anggaran RM1,800 hingga RM2,700 sebulan bagi setiap pemain. Juga ditulis gaji paling tinggi tidak sampai RM10,000. Kebanyakan kelab menawarkan bonus baik berbanding gaji tinggi.

“Sekitar tahun 2010 kelab Vietnam gemar mengambil pemain import dari Afrika kerana lebih murah. Dalam $3,000 hingga $5,000 sebulan. Jika mereka mahu menggunakan khidmat pemain dari Eropah kos mereka terlalu tinggi boleh mencecah $300,000 setahun,” titipnya di akaun Facebooknya tentang gaji di V-League.

Beliau turut mengatakan yang Bet88News pernah mengeluarkan artikel berdasarkan komen ‘playmaker’ Thailand, Chanathip Songkrasin yang berkata, pemain dari Vietnam lebih bercita-cita tinggi daripada pemain yang beraksi di Thai League disebabkan gaji mereka yang lebih rendah, menjadikan mereka bekerja keras.

Jadi, jika mampu dimiliki, mengapa tiada langsung pemain Vietnam yang menyertai Liga M sehingga kini?

Malah, Quang Hai pada 2019 telah menolak lamaran kelab dari J-League, Hokkaido Consadole Sapporo. Ini beberapa perkara yang disebutkan oleh media Vietnam menyebabkan Quang Hai masih kekal di V-League.

Pertama, pemain Vietnam terlalu selesa beraksi di tanah air sendiri dan takut gagal apabila melangkah keluar. Daripada empat pemain yang telah berhijrah keluar, hanya seorang, Dang Van Lam yang berhasil. Itupun, mungkin atas faktor beliau dilahirkan di Rusia, tidak seperti majoriti pemain-pemain Vietnam yang lain.

Kedua, ketinggian dan berat Quang Hai menyebabkan beliau rasa tidak mampu bersaing di liga luar seperti J-League mahupun Eropah. Beliau hanya mempunyai ketinggian 1.68 meter dan berat 65 kilogram. Tetapi jika dilihat Chanathip yang cemerlang di J-League juga tidaklah berfizikal hebat, malah lebih rendah dari Quang Hai.

Foktor ketiga yang digariskan oleh portal The Thao adalah masalah komunikasi. Kesukaran pemain-pemain Vietnam untuk menguasai bahasa asing termasuk Bahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak yakin untuk berkelana ke luar negara. Ia telah dilalui oleh Doan Van Hau yang bermain di SC Heerenveen di Belanda.

Jadi, mungkin liga di Asean lebih sesuai untuknya? Tetapi, dikhabarkan juga selain J-League, Quang Hai juga pernah menolak lamaran dari Thai League. Adakah kali ini, ada pasukan Liga M yang akan berjaya membawa keluar Quang Hai nanti? Menurut laporan ESPN, pemain Vietnam harus mula berkelana jika mahu berjaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN