Sri Pahang Sambar Abang Kepada Bintang Man United?

FC Sochaux Man United Johan Martial Anthony Martial Sri Pahang 2022

Menurut Berita Harian, sumber dalaman Sri Pahang FC telah mengesahkan bahawa mereka bakal membawa masuk abang kepada bintang Man United, Anthony Martial iaitu Johan Martial untuk saingan Liga Super 2022.

Pemain berusia 30 tahun itu merupakan pemain yang beraksi di posisi pertahanan tengah dan sebelum ini beraksi untuk FC Sochaux di Ligue 2, Perancis. Beliau juga pernah mewakili Perancis B-19 dan B-20.

Sebelum ini, spekulasi timbul apabila laman sesawang Transfermarkt memaparkan Johan Martial telah sah menyertai Sri Pahang, namun, belum ada pengesahan daripada pengurusan pasukan mengenainya. Malah, wartawan The Star, T. Avineshwaran turut membuat ciapan mengambarkan perpindahan itu adalah benar.

Ciapnya di akaun Twitternya, “Selain itu, difahamkan juga Sri Pahang semakin hampir mendapatkan khidmat pertahanan kelahiran Perancis, Johan Martial, abang kepada pemain kebangsaan Perancis, Anthony Martial.”

Pencapaian terbaiknya adalah ketika menjuarai saingan Euro B-19 bersama Perancis pada edisi 2010 selepas menewaskan Sepanyol dengan keputusan 2-1. Antara pemain ternama yang beraksi bersamanya dalam skuad itu adalah pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann dan penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette.

Walaupun laluan kariernya hanya biasa-biasa, pengalaman luasnya tentu membantu membentuk skuad yang ampuh buat Sri Pahang FC. Menurut sumber dalaman itu, Johan Martial kini dalam perjalanan ke Kuantan.

Berdasarkan rekod permainan, beliau mencatatkan lebih 6,000 minit permainan dalam dua liga tertinggi di Perancis iaitu Ligue 1 dan Ligue 2. Pengalaman luas inilah yang bakal ditagih Tok Gajah pada musim depan.

Malah, beliau juga membantu FC Sochaux menamatkan saingan Ligue 2 di kedudukan ke-7 daripada 20 pasukan yang bersaing. Beliau diturunkan dalam 10 perlawanan dan merekodkan 808 minit permainan.

Menurut sumber itu sambil berharap para penyokong dapat bersabar, “Saya sahkan bahawa pemain berasal dari Perancis ini dalam perjalanan ke negara ini untuk bersama Sri Pahang musim 2022. Buat masa ini hanya itu yang boleh saya maklumkan termasuk kehadiran pemain import lain yang bakal menyertai kelab ini.”

Antara perkara menarik tentangnya lagi selain pernah bersama skuad juara Euro B-19, di FC Sochaux, beliau bergandingan bersama abang kepada seorang lagi bintang Man United, Paul Pogba iaitu Florentin Pogba.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN