Kontrak Baru Menanti Buat Gareth Southgate Untuk Terus Bimbing England

FA England dilapor akan menawarkan kontrak baru buat pengendali pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate. Gareth mempunyai baki dua tahun untuk mengendalikan skuad Three Lions itu.

Bekas pengurus Middlesbrough itu berjaya membawa England ke separuh akhir Piala Dunia. Semasa kempen di Rusia tempoh hari, mereka menduduki tangga keempat keseluruhan.

Mahu kekal

Martin Glenn, Eksekutif FA berkata semasa ditemuramah BBC, beliau menyatakan FA ingin Gareth menduduki jawatan tersebut lebih lama dan berlanjutan selepas 2020.

Gareth bakal mengendalikan England dalam UEFA Nations League yang akan memulakan aksi beberapa bulan lagi. Begitu juga dengan kelayakan Piala Dunia 2022.

Menurut Martin lagi, kedua-dua pihak menyukai cadangan kontrak baru. Sesi rundingan antara Gareth dengan FA England akan bermula selepas pengurus tersebut akan kembali selepas percutian musim panas.

Mahu kembali ke kelab?

Martin memberitahu BBC bahawa FA Inggeris mahu membayar gaji pengendali pasukan kebangsaan itu dengan gaji lumayan. Walaupun kejayaan Gareth Southgate itu menarik perhatian kelab-kelab Liga Perdana Inggeris untuk melantiknya sebagai pengurus.

Dalam satu wawancara pada sebelum ini, Gareth menyatakan hasrat untuk kembali mengendalikan kelab di liga Inggeris.

Anugerah?

Laporan Sky Sports News menyebutkan bahawa Gareth telah disenarai pendek untuk menerima anugerah The Best FIFA Men’s Coach of 2018. Pep Guardiola, pengurus Manchester City turut disenaraikan untuk pencalonan anugerah itu.

Kejayaan pengurus muda itu mengulangi kejayaan England mara ke kelompok 4 terbaik Piala Dunia selepas 28 tahun lalu. England hanya dua kali menduduki kumpulan elit tersebut iaitu pada 1990 dan 2018.

Mungkinkah England akan memenangi satu lagi trofi yang masih belum dilihat kelibatnya di negara tersebut? Ya, EURO masih belum pernah dijulang oleh skuad Three Lions itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN