Salah satu perkara yang membayangi perlawanan akhir UEFA Europa League 2018/19 ialah ketegangan politik. Pemain Aesenal, Henrikh Mkhitaryan misalnya terpaksa melupakan hasrat beraksi di perlawanan akhir yang akan berlangsung di Baku, Azerbaijan disebabkan ketegangan politik membabitkan negara asal beliau, Armenia dan negara tersebut.
Apa yang kita harus tahu mengenai konflik Armenia-Azerbaijan sehingga terbawa-bawa ke dalam bola sepak? Berikut adalah coretan dari Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar mengenai konflik ini.
Arsenal midfielder Henrikh #Mkhitaryan will miss the #EuropaLeagueFinal in Baku, Azerbaijan due to political tensions between his home nation of Armenia and the host nation.#OptusSport pic.twitter.com/OqyiabWVU7
— Optus Sport (@OptusSport) May 21, 2019
Salah satu sebab Henrikh Mkhitaryan (rakyat Armenia) tidak bersama Arsenal ke Baku, Azerbaijan : faktor keselamatan.
Kenapa?
Bacalah catatan Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar di bawah ini.
Nagorno Karabakh (NK).
Sebelum saya terbang ke Baku Azerbaijan dari Tbilisi Georgia, semua gambar di Nagorno Karabakh saya backup dalam dropbox dan kemudian delete dalam iphone. Begitu juga semua posting berkenaan Nagorno Karabakh terpaksa saya delete di Facebook.
Ini bertujuan memastikan jika security Azerbaijan menyelongkar bag dan iphone saya di airport, mereka tidak akan dapat mencari bukti bahawa saya sudah masuk Nagorno Karabakh. Jika mereka tahu saya pernah ke Nagorno Karabakh (NK) tentu saya tidak akan dapat masuk ke Azerbaijan dan dihalau pulang ke Georgia.
Apabila di imigresen Azerbaijan, soalan pertama ditanya ialah ‘’Where in Armenia have you been?’’
NK adalah pada asalnya wilayah muslim Azerbaijan tetapi sekarang ini didiami oleh penduduk Armenian beragama Kristian. Pada tahun 1988 berlaku peperangan menuntut kemerdekaan penduduk NK yang berbangsa Armenia dari Azerbaijan. Truce dicapai apabila tentera Armenia menawan 14% wilayah Azerbaijan diluar NK dimana 30,000 nyawa kehilangan dikedua pihak.
Semua penduduk Islam Azeri dihalau keluar dari NK dan penduduk Armenia di Azerbaijan dipaksa pindah ke Armenia. Turkey yang membantu Azerbaijan menutup semua pintu masuk ke NK yang menyebabkan pintu keluar NK hanya melalui Armenia sahaja.
Pelawat yang ingin ke NK hanya boleh masuk melalui Armenia dari pintu Georgia kerana perbatasan Turkey dan Azerbaijan ditutup. Hanya negara Georgia yang masih berbaik dengan Turkey dan Azerbaijan di negara Caucasus.
Dari Yerevan Armenia pelawat boleh menyewa shared taxi ke Stepanakert ibu negara Nagorno Karabakh dengan kos 6,000 Armenian dram (RM50). Perjalanan sejauh 320 km mengambil masa 5 jam dari Yerevan melalui jalan mountain pass yang sempit dengan ketinggian 6000 kaki.
Di pasar Stepanakert pemandu kereta kami berbangsa Armenia dimaki hamun oleh seorang makcik tua tetapi beliau cool dan diam sahaja. Rupanya makcik NK tersebut marah kepada rakyat Armenia yang sedang berdemo untuk menurunkan kerajaan mereka. Makcik tersebut takut kerana dalam keadaan huru hara di Armenia akan menyebabkan tentera Azerbaijan menyerang NK apabila Armenia lemah. Begitulah rakyat NK yang sentiasa ketakutan diserang oleh negara jiran mereka yang lebih besar dan kaya.
Nagorno Karabakh tidak menggunakan matawang sendiri tetapi matawang Armenian Dram (AMD) dimana 1000 AMD ~ Rm8. Cost of living, barangan dan makanan harganya seperti di Malaysia dan produk dari China memenuhi pasaran NK.
Nagorno Karabakh bermakna ‘Mountainous black garden’ kerana ianya dikelilingi hutan dalam kawasan pergunungan. Semasa saya melalui dijalan pergunungan ini, salji masih turun walaupun pada akhir March.
Paspot pelawat tidak distamp dan perlu membayar VOA 3,000 dram (Rm25) untuk masuk ke NK. Di Stepanakert saya perhatikan ramai askar muda belasan tahun berkeliaran, sama seperti di Jerusalem. Tidak banyak bangunan tinggi disana dan keadaan seperti 30 tahun kebelakang dari Malaysia. Makanan adalah seperti di Armenia dan tiada yang halal. Saya hanya menjamu selera dengan ikan, roti dan sayuran sahaja.
Bandar Stepanakert kecil dan tidak sebok. Ianya lenggang tanpa banyak kenderaan. Saya tidak nampak turist dibandar ini dan kemana pergi, saya diperhatikan oleh orang awam yang pelik dengan kehadiran turist kenegara mereka.
Saya melawat ke sebuah masjid yang telah ranap semasa peperangan NK-Azerbaijan dan dibiarkan begitu sahaja. Tiada muslim tinggal di NK kerana semua telah dihalau keluar ke Azerbaijan.
UN masih mengakui Nagorno Karabakh sebagai wilayah Azerbaijan dan ini menyebabkan NK, seperti Montenegro tidak diiktiraf oleh international communities.
Nagorno Karabakh (dan Armenia) masih technically at war dengan Azerbaijan dimana pada tahun 2016 pernah berlaku skirmishes dengan kematian tentera dikedua pihak.
Ini bermakna jika anda tidak bernasib baik berada di Nagorno Karabakh pada ‘wrong time at the wrong place’ mungkin anda akan terperangkap didalam peperangan yang tidak dijangka.
Kredit
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar