John Terry Laung Keyakinan, Kemunculan Semula Aston Villa Bukan Sekadar Pelengkap Pasukan EPL

Villa

Sejak pertama kali Liga Perdana Inggeris (EPL) diperkenalkan pada tahun 1992, Aston Villa menjadi sebagai antara ‘pasukan tetap’ dalam saingan liga tersebut tetapi musim 2015/16 menjadi mimpi buruk buat The Villains.

Dengan hanya berbekalkan tiga kemenangan, lapan keputusan seri dan 27 kekalahan dalam 39 aksi dilalui, Aston Villa menduduki tangga terbawah liga sekaligus terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada EPL buat pertama kali.

Selepas itu, mereka terpaksa sabar menunggu selama tiga musim untuk kembali ke saingan EPL setelah berjaya menundukkan Derby County 2-1 pada perlawanan akhir play-off EFL Championship di Wembley.

Kejayaan itu juga menebus kekecewaan musim lalu apabila Aston Villa kecundang pada perlawanan akhir bertemu Fulham hasil jaringan tunggal Tom Cairney.

Menurut penolong pengurus, John Terry, beliau menyifatkan kemunculan semula Aston Villa dalam kancah liga paling popular di dunia itu musim depan bukanlah sekadar menjadi pasukan pelengkap.

BIRMINGHAM, ENGLAND – NOVEMBER 25: John Terry assistant head coach of Aston Villa during the warm up ahead of the Sky Bet Championship match between Aston Villa and Birmingham City at Villa Park on November 25, 2018 in Birmingham, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

”Kami kembali ke Liga Perdana Inggeris bukan untuk menjadi pasukan pelengkap sahaja.”

”Saya merasakan kami amat bersedia. Sungguh hebat kami dapat kembali, Ia bermakna kami dapat mengekalkan pemain seperti Jack Grealish, John McGinn dan kesemua pemain utama kami.”

”Ini adalah kelab bola sepak buat Jack (Grealish), dia berada di sini (Aston Villa) sejak dari kecil dan ia sesuatu yang hebat untuk disaksikan.”

”Kami mempunyai pemain yang sudah tamat kontrak dan kami perlu untuk memperkuatkan pasukan untuk bersaing, sudah tentu, tetapi sekiranya kami menambah kekuatan pada bahagian yang betul, sudah tentu semuanya dalam keadaan baik.”

Pada aksi akhir di Wembley itu, John Terry terpaksa ‘bermusuh’ dengan dua teman baiknya ketika di Chelsea iaitu Frank Lampard (pengurus Derby County) dan Ashley Cole (pertahanan Derby County).

 

 

Leave a Reply