Video: Kompilasi Aksi Gatusso Sebagai Destroyer Di Dalam Padang

Gatusso dikenali sebagai salah seorang pemain paling panas baran di dalam padang. Pernah menampar Ibrahimovic, mecekiki Joe Jordan dan pernah merasakan dia lebih bagus dari Pirlo.

Walaupun beliau dianggap pemain yang kurang bakat (gifted) ia bukan bermakna kita menafikan kepentingan beliau dalam sejarah kegemilangan AC Milan era Ancelotti.

Beliau antara sebab Kaka dan Pirlo menjadi pemain yang sangat stabil di posisi masing-masing. Di belakang Ada Gatusso.

Untuk pengetahuan anda semua, Gatusso pernah berkata kepada FourFourTwo bahawa di hari beliau melihat Andrea Pirlo berlatih di dalam padang ketika mereka muda, itulah hari beliau yakin beliau boleh bermain bola sepak.

Pirlo bukan pemain yang boleh menggelecek dan tiada kelajuan. Gatusso yakin dia lebih baik daripada Pirlo ketika itu.

Beliau berkata:

“Apabila saya menyaksikan aksi Pirlo, saya melihat cara dia mengendalikan bola di kakinya. Kata hati saya terus berkata, kalau dia boleh diiktiraf sebagai pemain bola sepak, maka saya yakin saya juga pemain bola sepak.”

“Ketika muda, saya sentiasa tahu saya jauh leih baik dari ramai pemain lain.”

Beliau bukanlah berbadan sasa atau besar tetapi hatinya sangat ‘kering’. Dia bercakap dan meraikan kemenangan dengan Ancelotti pun nampak ganas.

Gatusso adalah destroyer yang betul-betul destroying semua benda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN