7 Tugas Dan Cabaran Admin Group Whatsapp Futsal Ataupun Bola Sepak

Menjadi admin group whatsapp untuk futsal atau bola sepak bukanlah semudah disangkakan. Ia ada cabaran yang tersendiri.

Berikut adalah 7 jenis tugasan dan cabaran seorang admin group whatsapp futsal mahupun bola sepak.

1. Pegawai penyambut tetamu

Setiap kali ada ahli baru, admin inilah yang akan menjadi orang yang mengalu-alukan kedatangan ahli baru ini.

Admin biasanya akan memastikan ahli baru ini tidak terasa hambar dan cuba memberikan perhatian kepada mereka dengan rajin membalas komen di dalam kumpulan.

2. Komisioner perlawanan

Walaupun ini bukan tugas khas. Tetapi sebagai admin, tanggungjawab itu harus diambil secara sukarela.

Admin akan bertanya bila semua orang ‘free’. Sambil menganalisis data jadual semua orang, si admin akan cuba mencadangkan tarikh dan venue yang sesuai.

Bukannya terus dapat. Kadangkala kena ambil kira kuantiti pemain yang akan datang dan juga kadangkala dialah yang akan mengatur sekali pengangkutan.

“Siapa tiada motor naik si Ali, dia lalu dekat Taman Orkid. Lim, kau naik dengan aku nanti!.”

Ketika hari perlawanan, admin akan memastikan ahli cukup untuk datang pada hari perlawanan.

Jika ada penyertaan yang tiba-tiba terkurang atau terlebih ramai, admin juga akan menjadi mangsa makian daripada ahli lain.

Mereka juga bertanggungawab dalam menentukan perlawanan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

3. Pegawai keselamatan dan keharmornian 

Setiap kali ada ahli yang bertelagah di dalam kumpulan, si admin akan cuba memastikan kumpulan yang mereka kendalikan dalam keadaan terkawal.

Ini kerana, mereka ada satu kuasa autonomi untuk menyingkirkan ahli yang sukar dikawal.

Langkah menyingkirkan ahli ini selalunya sangat jarang digunakan. Sebaliknya admin akan cuba menjadi orang tengah dan menteteramkan keadaan.

Admin juga sentiasa mahu kumpulan mereka dalam keadaan harmorni dalam satu keluarga.

4. Lembaga penapisan konten

Mungkin ada yang tidak ambil pusing tetapi untuk konten yang terlalu sensitif, admin akan cuba memberikan teguran. Ia seperti tugas pegawai MCMC.

Walaupun kumpulan futsal, ada juga ahli yang kadangkala memuatnaik perkongsian dari group sebelah seperti politik, serta post yang melampau pada malam Jumaat.

Ini kerana admin mahu memastikan kumpulan itu tidak disalah ertikan oleh isteri mereka, bagi yang ada isteri.

Bukan tugas mudah kerana ahli-ahli kadangkala akan menganggap admin sebagai budak skema, tak chill dan macam-macam.

5. Pegawai penerangan ataupun Setiausaha Agung dalam kumpulan

Ia seperti tugas Setiausaha Agung FAM. Admin yang akan mengumumkan tarikh perlawanan persahabatan.

Admin juga akan cuba sedaya upaya mencari info terkini berkaitan dengan bola sepak dan perlawanan yang mereka boleh terlibat.

Yang sakit hati, apabila Setiausaha Agung sudah mengumumkan info terkini ataupun meminta pandangan, sambutan daripada ahli sangat hambar.

3 jam kemudian masuk satu maklumbalas, tetapi bukan berkenaan topik tadi, ia berkenaan benda lain.

Setiausaha Agung juga sangat tertekan untuk mendapatkan respon yang segera daripada ahli gabungan di dalam kumpulan.

Bila jumpa di luar, ada pula ahli yang berkata: “Aku baca benda tu semalam, nanti aku fikirkan.”

Kenapa tak dijawab dalam kumpulan?

Untuk tugas penerangan, si admin biasanya mengambil inisiatif menghebahkan info terkini yang berkaitan termasuk kemalangan ataupun hal-hal kematian melibatkan ahli keluarga ahli.

Jika perlu, si admin akan melanacarkan tabung derma kilat ataupun memngumpul ahli untuk memberikan sokongan kepada ahli yang memerlukan.

6. Pegawai pendaftaran dan perangkaan

Selain daripada mendaftar, si admin juga akan menjadi orang yang boleh menyingkirkan ahli.

Mereka juga seperti pegawai perangkaan, di mana, mereka akan memastikan jumlah ahli kekal sama. Jika ada ahli yang meninggalkan kumpulan, si admin akan cuba mesej secara peribadi bertanya, kenapa tinggalkan kumpulan?

Jika ada yang merajuk, si admin akan cuba memujuk dan memasukkan semula ahli yang meninggalkan kumpulan masuk kembali.

Mereka juga perlu tahu nama sebenar pemilik nombor-nombor di dalam kumpulan. Jika ada kemusykilan, mereka akan bertanya, contohnya: “0112224448 ni dengan nama Gideon Walcott 77  ni sebenarnya siapa?”

7. Pegawai perhubungan dan diplomatik dengan pihak berkuasa

Ini adalah tugasan terbaru para admin. Selepas segala macam bebanan tugasan secara tidak langsung.

Hari ini kita banyak terbaca tentang keratan akhbar yang memberitahu Admin Whatsapp boleh dipenjara jika kumpulan yang mereka tadbir terlibat dalam:

– Penyebaran maklumat palsu sehingga menggugat keselamatan negara.
– Penyebaran fitnah atau tidak sahih.
– Melakukan penipuan.
– Pendedahan komunikasi yang dilarang di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Cadangan ini dijangka akan dilaksanakan segera. Itulah sebab kenapa mereka akan menjadi orang yang akan berhubung dengan pihak berkuasa jika perlu.

Jadi selepas ini, admin whatsapp termasuk kumpulan futsal harus lebih cakna dan bersiap siaga dengan semua maklumat terbaru yang dikongsikan di dalam kumpulan.

Ini termasuk hal-ehwal jual beli di dalam kumpulan. Jika tidak admin boleh didakwa di bawah

– Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaan.

– Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah – Hukuman penjara 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

– Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan berita palsu – Denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

– Akta Hasutan 1948 – Penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya. Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 – Penjara mandatori antara satu hingga 7 tahun.

Itulah serba sedikit cabaran admin whatsapp untuk kumpulan futsal ataupun bola sepak. Ia tugasan yang boleh dijawat bersama.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua admin whatsapp futsal dan bola sepak yang telah banyak membuatkan hidup kita lebih ceria.

Kredit foto : Asrul Hisyam Othman

Cuba mengatur aktiviti riadah walaupun ia bukan jawatan berbayar. Diharap semua ahli akan lebih bertanggunjawab selepas ini.

Baca juga: Video: Kompilasi Aksi Gatusso Sebagai Destroyer Di Dalam Padang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN