Komen Zidane Tentang James Rodriguez: “Itu Bukan Hal Aku”

James Rodriguez

Zinedine Zidane kelihatan sudah letih ditanya wartawan tentang masa depan beberapa pemainnya. Sudah beberapa sidang media, wartawan bertanya tentang masa depan Bale. Zidane kekadang menunjukkan reaksi seperti bosan dengan soalan tersebut.

Beberapa hari lalu Zidane menjawab tentang Dani Ceballos dengan nada tegas menyatakan pemain itu akan ke Arsenal walaupun Asensio cedera.

Terbaru, Zidane ditanya sekali lagi tentang Bale dan kali ini ditambah dengan soalan tentang James Rodriguez.

Zidane memberitahu bahawa itu bukan masalah beliau dan segalanya terserah kepada James Rodriguez. Pemain itu sudah diberitahu bahawa beliau tiada dalam projek baharu Zidane di Real Madrid.

James Rodriguez menjadi rebutan 2 kelab, Atletico dan Napoli. Ini selepas Bayern Munich memutuskan untuk tidak membeli pemain itu secara tetap. Ianya kerana Niko Kovac tidak suka dengan sikap James Rodriguez.

MUNICH, GERMANY – APRIL 12: (EXCLUSIVE COVERAGE) Team coach Niko Kovac (R) and assistent coach and brother Robert Kovac of FC Bayern Muenchen chat during a training session at the club’s Saebener Strasse training ground on April 12, 2019 in Munich, Germany. (Photo by A. Beier/Getty Images for FC Bayern)

James kemudian dilaporkan lebih memilih Atletico kerana selesa dengan bandar Madrid. Tetapi, baru-baru ini, CEO Atletico, Miguel Gil Marin memberitahu ESPN, menyatakan James tidak mahu datang ke Atletico dan kelab itu tidak mahukan pemain tersebut.

Kini pemain itu dikaitkan dengan gabung semula bersama Carlo Ancelotti di Napoli.

Zidane berkata kepada wartawan: “Itu masalah kelab, bukannya saya. Ianya perkara di antara presiden kelab – bukannya masalah saya.”

Seperti biasa, nak tak nak, Zidane menjawab soalan tentang Gareth Bale. Beliau menegaskan walaupun Asensio mengalami ACL, keputusan beliau tentang Bale sudah diputuskan dan tidak berubah.

“Kami bekerjasama dengan para pemain yang ada di sini. Kami sedang memikirkan soal perlawanan pertama liga. Tiada apa yang berubah. Saya tidak mahu memikirkan soal itu – menukarkan Marco dengan sesiapa, tidak.”

“Kami terkesan dengan kecederaan itu dan fokus kami adalah kepada perlawanan seterusnya. Jumpa lagi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN