Kogileswaran Tekad Tidak Mahu Terlepas ‘Tiket’ Ke China

Penyerang skuad B-23, R. Kogileswaran bertekad tidak mahu terlepas lagi untuk beraksi bersama rakan sepasukan terutamanya menjelang pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 2018, Januari depan.

Sebelum ini, Kogileswaran terlepas untuk beraksi di pusingan kelayakan di Bangkok, Thailand, akibat kecederaan. Dan dia tidak sanggup untuk kecewa buat kali kedua serta mahu terus bekerja keras merebut tempat.

“Kekecewaan itulah yang membakar semangat saya untuk memberikan yang terbaik dalam merebut tempat kerana saya tidak mahu terlepas beraksi dalam kejohanan besar seperti itu,” ujarnya kepada Harian Metro.

Penyerang berusia 19 tahun itu baharu sahaja menyumbang satu gol buat skuad Datuk Ong Kim Swee menundukkan Universiti Honam dengan keputusan 1-0 dalam aksi pemanas badan di Mokpo, Korea Selatan.

Pastinya jaringan tersebut mencerahkan sedikit peluang buatnya untuk tersenarai dalam skuad akhir, namun baginya, dia tidak mahu terlalu selesa disebabkan gol tersebut.

R. Kogileswaran. Foto: The Star.

“Jaringan semalam meningkatkan lagi tahap keyakinan tetapi saya tidak boleh terlalu yakin, kerana ia tidak semestinya menjamin tempat saya di dalam skuad ini,” jelas Kogileswaran.

“Persaingan masih sengit dan kami semua masih ada dua aksi persahabatan untuk membuktikan kepada jurulatih siapa yang patut tersenarai ke kejohanan itu nanti,” tambahnya lagi.

Selain itu, Kogileswaran turut menjelaskan banyak perubahan yang berlaku sepanjang dua sesi latihan pusat iaitu di Kuala Lumpur dan Korea Selatan ketika ini.

“Saya gembira kerana telah berjaya menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di sini, yang mana tidak menjejaskan aksi saya di dalam padang,” ujarnya kepada New Straits Times.

“Jadi, saya akan bekerja keras memberikan aksi terbaik untuk membuktikan kemampuan saya dan merebut tempat saya bersama skuad. Saya tahu saya boleh berikan yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Gandingan sensasi skuad B-16 satu masa dahulu, Kogileswaran (10) dan Najmuddin. Foto: Shekhinah PR.

Tiga tahun lalu, dalam pusingan akhir Kejohanan AFC B-16, Kogileswaran bersama-sama Mohd Najmuddin telah mencipta sensasi mereka yang tersendiri apabila membantu skuad B-16 negara layak hingga ke peringkat suku akhir.

Namun, hajat Malaysia untuk layak ke separuh akhir disekat Australia apabila tewas dengan keputusan 1-2. Kogileswaran telah menyumbang satu gol dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN