Laporan & Highlight: Tindakan Mourinho Punca United Lepaskan 3 Mata?

Mourinho

Manchester United mendahului dengan kedudukan 2-1 pada masa kecederaan. Namun apa yang berlaku, Chris Smalling telah mengalami kecederaan hamstring.

Mourinho telah mengarahkan pemain itu masuk dan berada di posisi dia kembali. Apa yang menjadi persoalan kini adalah, kenapa Mourinho mengarahkan Smalling yang cedera untuk terus bermain di posisi penting?

Dalam keadaan United sudah melakukan 3 pertukaran pemain, Mourinho mungkin boleh mengarahkan pemain lain untuk berada di sebelah Jones.

Ia tidak akan menjadi isu jika Leicester tidak menjaringkan gol yang turut dihasilkan menerusi satu hantaran lintang saat akhir oleh Albrighton dan ia betul-betul ke zon Smalling.

Smalling kelihatan terhincut-hincut tidak mampu untuk melompat dan Maguire menjaringkan gol dari jarak dekat.

Pengulas perlawanan turut terkejut dengan keputusan Mourinho yang tidak mengarahkan pemain lain untuk menggantikan Smalling di kawasan tersebut.

Berbalik kepada perlawanan ini, selain daripada tindakan Mourinho tersebut, Manchester United juga terlalu banyak mensia-siakan peluang.

Jadi, sukar untuk menyalahkan hanya Mourinho apabila pemain sendiri gagal untuk lebih klinikal di hadapan gol. Itu yang akan berlaku apabila pasukan anda tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya.

Martial gagal menjaringkan dari jarak dekat dan Lingard pula seharusnya menjaringkan gol dalam keadaan beliau sudah menewaskan Kasper Schmeichel.

Jamie Vardy meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-27. Maka benarlah kata Smalling yang beliau merasakan Jamie Vardy adalah calon mimpi buruk untuk Krismas beliau. Itu yang beliau katakan kepada wartawan ketika ditanya, apaka mimpi buruk beliau ketika Krismas.

Juan Mata menyamakan kedudukan untuk United selepas menerima hantaran Lingard pada minit ke-40. Mata cemerlang dengan meletakkan United di hadapan pada minit ke-60. Beliau memang pakar sepakan percuma terus.

Leicester terpaksa bermain 10 orang untuk baki 17 minit saingan selepas Amartey menerima kad kuning ke-2. United gagal untuk menggunakan kelebihan yang ada untuk membunuh perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Leicester City 2 Manchester United 2. United kini dijarakkan dengan 13 mata daripada Manchester City yang meneruskan kemenangan ke-17 berturut-turut dalam EPL.

Saksikan rangkuman perlawanan Leicester City vs Manchester United di sini:

Apa pula kata penyokong Manchester United di Malaysia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN