Kogileswaran Dedah Tentang Minat Kelab Korea Selatan & Bantuan Kim Pan-gon Kepadanya

Kogileswaran kelab Korea Selatan Kim Pan-gon

R. Kogileswaran mendedahkan bagaimana kelab Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC berminat dengannya dan bantuan yang diterimanya daripada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon ketika membuat keputusan itu.

Secara rasmi, pemain serangan Harimau Malaya itu telah menyertai Chungbuk Cheongju yang bersaing di K-League 2 dan ketika ini akan menyertai sesi pra-musim bersama mereka di Bangkok, Thailand.

Pemain yang mesra disapa Kogi dikalangan peminat bola sepak negara itu mencipta sejarah tersendiri menjadi pemain profesional pertama negara yang akan beraksi di pentas saingan liga antara terbaik di Asia itu.

Sebelum ini, Semuanya BOLA cuba merungkai bagaimana bekas pemain PJ City itu berjaya dikesan oleh kelab tersebut dan telah menyimpulkan beberapa perkara yang mungkin ada perkaitan antara satu sama lain.

Pertama, polisi yang diperkenalkan K-League iaitu kouta pemain Asean sejak musim 2020 telah membuka pintu buat pemain Asia Tenggara untuk meraih pengalaman beraksi di sana. Antara pemain yang sedang beraksi di K-League 2 adalah bek kanan dan kapten Indonesia, Asnawi Mangkualam.

Beliau mula menyertai kelabnya, Ansan Greeners pada musim 2021. Dan ketika ini beliau sudah membuat lebih 40 penampilan bersama mereka.

Malah, menurut perkhabaran dari sana, kelibat pertahanan Sang Garuda itu telah menarik minat hampir lima buah kelab yang bersaing K-League 1.

Impak positif yang dibawa Asnan pastinya sedikit sebanyak membantu Cheongju mengambil keputusan merekrut bintang Harimau Malaya ini.

Malah, apabila Piala AFF 2020 yang berlangsung pada hujung tahun 2021 disiarkan secara langsung di YouTube, ia lebih membuka ruang untuk kelab-kelab luar terutamanya K-League memantau bakat-bakat Asia Tenggara.

Malah, tambah menarik, untuk edisi kali ini, siaran televisyen di Korea Selatan iaitu saluran SBS turut membeli hak penyiaran saingan Piala AFF.

Menurut pendedahannya kepada The Star, Kogi berkata, seorang ejen dari Korea Selatan telah memantau bakatnya dan berkongsi videonya kepada beberapa buah kelab di sana antaranya Cheongju dan Chungnam Asan.

Saya memilih mereka kerana saya suka cara mereka datang kepada saya. Mereka sangat profesional, dan saya berpendapat mampu mengembangkan karier di sana selepas ini,” kongsinya tentang bagaimana beliau dirisik.

Tambahnya lagi tentang mengapa beliau memilih untuk berkelana ke luar negara adalah disebabkan sejarah sepupunya, Titus James, “Sepanjang karier, saya memang mahu beraksi di luar negara seperti sepupu saya.

Dan Kogileswaran telah bertemu dengan pengendali skuad negara, Kim Pan-gon bagi mendapatkan nasihat sebagai persediaan Ke Korea Selatan.

Dia sangat mesra dan memberikan banyak nasihat mengenai apa yang harus saya lakukan untuk menyesuaikan diri dengan cepat di negara Asia Timur itu,” jelas Kogi tentang pertemuan dengan pengendali skuad negara.

Malah, menurutnya, Kim sangat mengambil berat, “Dia gembira dapat tahu saya akan beraksi di sana. Pada hari saya terbang ke Korea Selatan, dia turut menghubungi saya untuk memastikan segala keperluan mencukupi.

Dengan adanya Kogi di sana, pemain-pemain muda skuad negara juga boleh mengimpikan untuk terbang ke sana. Diharapkan Kogi akan mampu mengibarkan panji untuk anak-anak tempatan mengikut jejaknya nanti.

Pastinya Kim Pan-gon akan memantau rapat prestasi anak buahnya di kem kebangsaan itu sepanjang di negara kelahirannya, Korea Selatan nanti.

Menariknya, Kogileswaran merupakan antara produk akademi swasta terkemuka negara satu masa dahulu, Frenz United, yang mengembangkan karier di luar negara selepas Hadi Fayyadh melakukannya di J-League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN