Bruno Fernandes Beri Bayangan Yang Man United Lagi Bagus Tanpa Cristiano Ronaldo?

Bruno Fernandes dikatakan memberi bayangan yang Manchester United kini sebenarnya lebih bagus tanpa kelibat Cristiano Ronaldo yang sudah meninggalkan kelab bulan lalu.

Bintang Portugal itu telah ditemubual oleh media selepas tamat perlawanan dan peminat sepertinya telah mengesan sesuatu dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Fernandes.

Bercakap ketika ditemubual selepas tamat perlawanan, Fernandes menyatakan bahawa:

“Kami terlihat seperti sebuah pasukan sekarang. Beberapa bulan lalu, beberapa ketika dahulu, kamu boleh nampak kadang kala kami seperti sepasukan, dan kadang kala kami sepertinya lebih mementingkan individu.”

Jelas Fernandes kepada BT Sport selepas tamat perlawanan bertemu Manchester City.

“Sekarang kamu boleh nampak sebuah pasukan yang lebih sempurna dan kamu juga boleh nampak ia berhasil.”

Mendengar kata-kata dari Fernandes itu, para peminat percaya beliau menyindir Cristiano Ronaldo dan menganggap Man United sebenarnya lebih bagus tanpa bekas bintang Juventus dan Real Madrid itu.

Peminat membuat spekulasi sendiri dengan menganggap yang Fernandes memaksudkan hal tersebut walau beliau sama sekali tidak menyebut nama Ronaldo.

Hal ini kerana Man United tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka sepanjang musim ini terutama ketika adanya Cristiano Ronaldo.

Ronaldo dikatakan beban kepada kelab dan rata-rata pemain gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka kerana mereka perlu beri tumpuan kepada pemain penyerang itu.

Walau bagaimanapun, selepas kehilangan Ronaldo, Man United kini sepertinya beraksi dengan lebih baik dengan mereka bahkan turut berjaya menewaskan Man City malam semalam.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu berjaya menewaskan Man City 2-1 seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok empat teratas dalam carta saingan Premier League.

Dan kerana melihat perubahan positif skuad Man United itu, peminat percaya Fernandes memaksudkan hal tersebut berpunca dari ketiadaan Cristiano Ronaldo.

Bruno Fernandes sendiri turut memuat naik status di laman media sosial miliknya untuk menafikan hal tersebut namun peminat tetap dengan pendirian mereka yang pemain midfield itu memang bercakap tentang Ronaldo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN