R. Kogileswaran nyata berpuas hati dengan prestasi semasa pasukan dan menganggap Malaysia semakin meningkat dari segi corak permainan biarpun tewas baru ini di tangan Vietnam.
Selain memuji akan persembahan pasukan, Kogi juga berpuas hati dengan diri sendiri yang dianggap sebagai suatu kejayaan beliau musim ini.
Beliau yang agak konsisten sepanjang kempen Piala AFF 2020 setakat amat berterima kasih kepada Tan Cheng Hoe yang sudi memberi peluang untuk beraksi.
Selain itu dorongan kelab beliau musim ini, PJ City serta keluarga menjadi pemangkin semangat buat bekas ‘wonderkid’ ini suatu ketika dulu untuk kembali di landasan sebenar sebagai pemain bola sepak yang bagus.
Menjelang perlawanan akan datang, Kogi menggesa rakan sepasukan untuk bangkit dari kekecewaan dengan menjadikan Indonesia sebagai sasaran kemenangan.
Beliau juga akui mempunyai sasaran yang tingi untuk melangkah ke final.
Sependapat dengan Kogi, nyata Tan Cheng Hoe juga mahu para pemain kembali fokus dengan baki empat hari perlawanan untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya dengan menewaskan Indonesia nanti.
Jurulatih kebangsaan ini juga mengaku bahawa skuad Indonesia kali ini tampil dengan sesuatu yang berbeza dan perlu diberi fokus sepenuhnya dengan taktikal lawan bagi mengelak diperangkap.
Menentang Indonesia hanya kemenangan sahaja menjadi penentu buat skuad ini untuk mara ke peringkat seterusnya dan Cheng Hoe berharap selain aspek teknikal, para pemain juga kuat dari segi mental untuk menelan sebarang provokasi.
Cheng Hoe juga sedikit lega apabila Dion Cools bakal tiba 16 Disember ini bagi memantapkan bahagian pertahanan Malaysia yang dilihat agak kritikal setelah ketiadaan Aidil Zafuan dan Shahrul Saad yang cedera.
Beliau berharap dengan kehadiran Cools mampu membentuk persefahaman yang tinggi dalam pasukan selain berpuas hati dengan keadaan tiga pemain yang dikuarantin sebelum ini akibat positif Covid-19.
Jelas Cheng Hoe, kelibat Faisal Abdul Halim, Khairulazhan Khalid, dan Quentin Cheng berada dalam keadaan baik dan mengikut program yang diberi dengan teratur sebelum bersedia bersama pasukan untuk latihan penuh.