Perhatian Kerajaan Negeri Dituntut Untuk Majukan Perak FC

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi saranan buat kerajaan negeri agar memberi sedikit perhatian buat kelab berkenaan yang dilanda kemelut kewangan musim ini.

Beliau mengulas hal berkenaan pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam apabila melihat senario kewangan bola sepak Perak berada dalam keadaan yang agak meruncing.

Selaku bekas presiden kelab berkenaan, beliau mahu Perak agar kembali menjadi salah satu kelab bola sepak yang digeruni sehingga menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2018.

Jelas beliau yang berharap agar kerajaan negeri dapat memberi sedikit tumpuan buat pembangunan bola sepak negeri Perak terutama sekali pasukan utama, Perak FC.

Tambah beliau, perhatian khusus yang dapat diberikan buat kelab berkenaan sekurangnya dapat meredakan masalah dalaman selain isu kewangan.

Beliau turut berharap dengan sedikit perhatian yang kerajaan beri mampu menyelesaikan apa yang cuba dilaksanakan beliau dahulu terutama mengenai masa depan bola sepak Perak serta menjadikan kelab berkenaan kembali berpengaruh dalam arena bola sepak Malaysia.

Untuk rekod, Perak pada musim ini mengalami musim yang sukar dengan isu gaji serta konsistensi permainan yang membuatkan kelab berkenaan terjerumus di Liga Premier musim hadapan.

Dengan bantuan kerajaan negeri yang baik, kelab berkenaan dapat kembali menumpukan perhatian untuk persiapan pra musim bagi menghadapi saingan pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN