Koeman Sanjung Pengalaman Rooney, Yakin Everton Punyai Kualiti Bersaing

Ronald Koeman menyanjung tinggi keupayaan Wayne Rooney yang turut menjaringkan gol untuk membantu Everton mengumpul 3 mata pertama, memastikan pasukan Merseyside itu bermula dengan baik musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017/18.

Penyerang berusia 31 tahun itu tampil melakukan debut keduanya bersama kelab pertama yang disertainya sejak usia remaja.

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)
Restrictions

Rooney menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut untuk memastikan Everton menang 1-0 ke atas Stoke.

Bagi Ronald Koeman, persembahan mengkagumkan dari Rooney ialah apa yang sememangnya ditagih daripada pemain tersebut.

Koeman dipetik sebagai berkata:

“Ada seorang pemain yang menyarung jersi Everton dalam perlawanan ini yang sangat selesa beraksi di atas padang sejak dari wisel permulaan.”

“Setiap keputusan yang dilakukannya adalah tepat dan beliau menjaringkan satu gol hebat dari hantaran lintang yang cantik oleh Dominic. Beliau memperagakan pengalaman yang dirinya miliki.”

“Itulah sebabnya kami menandatangani Wayne Rooney. Kami menjangkakan beliau akan membawa dan berkongsi pengalamannya bersama pemain sedia ada di dalam skuad, dan ia sangat penting”

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)
Restrictions

Koeman memberikan debut kepada 6 pemain selepas melalui jendela musim panas yang sibuk. Everton masih lagi dalam perancangan untuk membawa beberapa pemain masuk ke Goodison Park.

Usaha membawa Gylfi Sigurdsson juga dilaporkan semakin menampakkan hasil, namun pengendali dari Belanda itu mengakui ia tidak mudah untuk memiliki ramai pemain baharu kerana perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

“Anda punyai banyak sebab untuk membawa masuk pemain baharu. Di Everton, kami tidak mempunyai banyak pilihan di dalam skuad sebelum ini.”

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

“Kami ada pemain yang tercedera. Gareth Barry (buku lali) masih terkeluar. Barkley, McCarthy, Seamus Coleman, Bolasie dan Funes Mori juga tiada dalam senarai pemain yang cergas. Maka ia adalah normal untuk membawa perubahan ke dalam pasukan,” ujar Koeman mengenai mengulas keperluan pemain di dalam skuadnya.

Ronald Koeman jelas gembira dengan keputusan yang mereka capai dalam perlawanan pada malam tadi.

“Musim lepas, Everton turut mencatat keputusan 1-0. Tetapi kali ini kami mempunyai lebih banyak percubaan tepat. Secara statistik, musim ini lebih baik,” ujar Koeman lagi.

Sumber:

1. ESPN FC (2017): Wayne Rooney: ‘It doesn’t get much better’ after scoring for Everton; http://www.espnfc.com/everton/story/3178293/wayne-rooney-it-doesnt-get-much-better-after-scoring-for-everton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN