Kobe Chong pernah dikaitkan menyertai Sri Pahang FC sebelum ini dan dengan pengesahan beliau sudah pun meninggalkan Telford FC, adakah perpindahannya ke Malaysia dan beraksi di Liga Super bakal direalisasikan?
Pemain kacukan Inggeris-Malaysia itu kini sah bergelar ejen bebas setelah pemain itu menamatkan kontrak secara persetujuan bersama, kelmarin.
Masih belum ada pengumuman perancangan semasa pemain itu dan ini menjadikan khabar angin beliau bakal ke Sri Pahang kembali bertiup.
Kobe Jae Chong is now a free agent after reaching a mutual agreement with non-league English club Telford United to cancel his contract. pic.twitter.com/xU9s9zDN2z
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) February 3, 2023
Sekitar Jun tahun lalu, Kobe Chong berada di Kuantan dan dikhabarkan bakal menyertai Sri Pahang untuk menggantikan Nor Azam Azih.
Kobe terlebih dahulu dilaporkan berada di Malaysia hasil perkongsian sekeping gambar pemandangan di luar jendela sebuah hotel dipercayai di Pahang di Instagramnya. Beliau juga meletakkan lokasi – Malaysia.
Pelbagai kisah disebarkan dek kerana lokasinya yang dikatakan di Pahang. Ditambah pula dengan ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam tentang Kobe dan juga Nor Azam Azih – dipercayai status perpindahan.
Ini kerana, JDT dikhabarkan berminat dengan Azam Azih dan kemungkinan Kobe terlibat dalam urusan antara JDT dan Sri Pahang pada ketika itu. Namun, tiada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak saat itu.
Malah, wartawan The Star, T. Avineshwaran turut membuat ciapan yang Kobe dilihat menyertai sesi latihan Sri Pahang ketika berada di sana.
Pahang has not announced anything, but Kobe Jae Chong is close to joining them. He has played a friendly match and even hung out with the Pahang players. As for Nor Azam, he is still contracted with them. #MFLTransfer2022
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 9, 2022
Welcome Kobe, all the best Azam 🔁🏆
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 4, 2022
Malah, pemain itu sendiri meletakkan status yang nampaknya beliau bersedia untuk mewakili Malaysia – jika urusan kerakyatannya selesai.
Gambar Kobe sedang mengikat kasut di padang beserta caption “Join Malaysia squad!! I will soon.” membuatkan ramai tertanya-tanya adakah Kobe merupakan salah seorang pemain kacukan yang dimaksudkan.
Ini kerana, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan sedang dalam proses naturalisasi terhadap dua pemain kacukan berdarah Malaysia yang sedang berpengkalan di Eropah – Kobe dan seorang di Jerman.
Jadi, beliau hadir ke Malaysia pada Jun adalah untuk urusan proses naturalisasinya berdasarkan maklumat daripada FAM sebelum ini.
Berdasarkan maklumat awal sebelum ini, dua pemain tersebut, salah seorang berusia 21 tahun dan kini sedang beraksi di Jerman manakala seorang lagi berusia 18 tahun dan beraksi di England. Kedua-duanya serius dipertimbangkan oleh FAM dalam usaha memperkuatkan Harimau Malaya.
Kobe Jae Chong confirmed his intention to play for Malaysia. pic.twitter.com/JXNRrEXmwJ
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) July 11, 2019
Jadi, dengan status terkininya ketika ini, besar kemungkinan beliau bakal diterbangkan ke Malaysia dan destinasi terhampir ketika ini, Sri Pahang.
Dengan pasukan yang masih belum lengkap lagi pemain import, tiada masalah untuk Kobe didaftarkan sebagai pemain import sebelum proses naturalisasinya diselesaikan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Setakat ini, hanya pengesahan yang mereka bakal menggunakan enam pemain import dihebahkan kepada umum. Mereka tidak melengkapkan kouta sembilan pemain import seperti yang dibenarkan operator liga.
Namun, mereka sebenarnya tidak menolak kemungkinan akan menambah jumlah pemain import berdasarkan keperluan pasukan selepas ini.
Musim ini menyaksikan Tok Gajah mengikat empat pemain import baharu iaitu Kpah Sherman, Lucas Silva, Stefano Brundo dan Michael Glassock. Dua pemain musim lalu juga dikekalkan oleh Sri Pahang iaitu Sherzod Fayziev bersama Kevin Ingresso untuk terus memperkukuhkan skuad.