KNVB Memecat Danny Blind Selepas Kekalahan Belanda Di Tangan Bulgaria

KNVB mengesahkan mereka memecat Danny Blind sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda.

Ianya selepas kekalahan mengejut Belanda di tangan Bulgaria. Pendekatan dan pemilihan pemain oleh Blind terlalu berisiko dalam kempen mereka kali ini.

KNVB tegas dalam isu ini kerana mereka tidak mahu Belanda terlepas pesawat sekali lagi ke kejohanan major.

Faktor kualiti beberapa jurulatih nama besar yang sedang tidak berjawatan juga dikatakan sebagai punca kenapa KNVB berani mengambil langkah memecat Danny Blind.

Danny Blind sebelum ini menjawat jawatan ini pada Julai 2015. Beliau mengambil alih daripada Guus Hiddink.

Namun Blind gagal untuk membantu Belanda mara ke Euro 2016. KNVB masih memberikan beliau peluang kerana agak keras untuk memecat beliau yang mengambil alih dari Hiddink.

Jadi, KPI beliau adalah untuk mara ke Piala Dunia 2018. Dengan kedudukan semasa, Belanda kini di tangga ke-3 di belakang Sweden yang berada di kedudukan play-off.

Keadaan yang merisaukan KNVB. Mereka risau Belanda akan gagal mara ke kejohanan major untuk kali kedua berturut-turut selepas cemerlang menduduki tangga ke-3 di Piala Dunia Brazil.

Ketika itu, Belanda tampil dengan skuad yang awalnya dikatakan agak lemah dan bergantung kepada Van Persie dan Robben.

Namun aksi mereka di Brazil sangat luar biasa termasuk membelasah Sepanyol di peringkat kumpulan.

Selepas kekalahan 2-0 kepada Bulgaria, Blind telah bertemu dengan Pengarah Bola Sepak KNVB Jean Paul Decossaux dan Pengarah Teknikal KNVB Hans van Breukelen pada Ahad.

KNVN memutuskan untuk memecat Blind. Antara petikan kenyataan KNVB adalah:

“Atas sebab kesukanan dan keputusan kurang memberangsangkan yang meletakkan pasukan Belanda dalam kesukaran untuk mara ke Piala Dunia Russia, dengan dukacitanya kami harus mengucapkan selamat tinggal kepada beliau.”

Daley Blind turut menulis mesej sokongan kepada ayah beliau di instagram.

Sebagai rekod, Blind menang 7 perlawanan dan kalah 7 perlawanan dariapda 17 perlawanan.

Dengan ini, KNVB melantik jurulatih B-21 Belanda, Fred Grim sebagai interim. Tugasan pertama Grim adalah menentang Itali di Amsterdam.

KNVB sedang giat mencari jurulatih baru Belanda.

Rasanya siapa akan menjadi jurulatih baru The Oranje?

Baca juga: Alexis Sanchez Hadiri Majlis Perasmian Monumen Beliau Di Chile

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN