Video: Babak Hodoh Shanghai Senhua vs. Tianjin Quanjian, Liga Semakin Mahal Tetapi Profesionalisme?

Kami kongsikan beberapa detik yang tidak ada semangat kesukanan ataupun unsporting behaviour dalam perlawanan Shanghai Senhua vs. Tianjin Quanjian.

Nota editor: Ini adalah video twitter, jika telefon pintar anda ada masalah membuka video dengan instant article, sila buka menerusi manual browser. Klik butang share pada instant article dan open in a browser.

Kita semua tahu, Presiden China sangat menekankan aspek pembangunan holistik di dalam bola sepak.

Dalam perlawanan ini, pemain-pemain melakukan terjahan dalam situasi tanpa bola (off-ball) termasuk memijak kaki lawan, terjahan keras dan sebagainya.

Pemain membantah semua keputusan pengadil seperti mereka dianiaya. Memang kadangkala keputusan pengadil sukar diterima namun kawallah aksi anda kerana ia ditatap umum.

Apabila terlalu tertekan, fokus dalam perlawanan pun hilang.

Apabila pemain lawan gagal menjaringkan penalti, siap ‘menganjing’.

Sun Shillin siap berkata:

“Saya ucapkan terima kasih kepada Pato kerana dia membantah penalti itu atas semangat fairplay , sebab itu dia rembat bola itu keluar.”

Awalnya CFA hanya mengenakan teguran sahaja. Untuk maklumat lanjut, baca artikel Sun Shilin Hanya Diberikan Teguran Sahaja Oleh CFA Selepas ‘Menganjing’ Pato

Selepas dikecam hebat, tiba-tiba keluar kenyataan rasmi, Sun Shillin digantung 2 perlawanan.

Ini adalah bingkisan beberapa aksi hodoh dalam perlawanan ini. Kami muat naik 2 versi video supaya anda boleh pilih mana satu hendak dibuka.

Versi twitter video:

Versi streamble:

Reaksi Tevez ini mungkin reaksi anda sekarang ini.

Diharap pemain-pemain di negara kita belajar daripada insiden ini. Liga kita pun boleh tahan juga mewahnya.

Gaji pemain bukan kecil. Ada yang berbelas dan beratus berpuluh ribu sebulan.

Sedarlah, aksi anda di dalam padang sentiasa diperhatikan umum dan jadilah role model kepada peminat anda.

Dibayar dengan gaji profesional, beraksilah sebagai profesional!

Baca juga: Pato Sah Menyertai Kelab China Tianjin Quanjian, Sebelum Ini Cakap Tidak Berminat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN