Kluster Wembley Terhasil Akibat Perlawanan Akhir Euro 2020

Kluster Wembley

Perlawanan akhir Euro 2020 melibatkan pasukan England dan juga Itali telah dianggap sebagai penyebar utama (superspreader) atau boleh dianggap sebagai Kluster Wembley kes Covid-19 di sekitar London.

Menurut laporan Reuters, lebih lima ribu terdedah dengan risiko jangkitan wabak itu selepas perlawanan akhir dilangsungkan.

Data yang dikeluarkan oleh Public Health England berkata seramai 2,295 telah sah dijangkiti wabak tersebut dengan baki 3,404 pula berpotensi untuk terpalit sama.

“Euro 2020 merupakan acara yang unik dan ianya akan sukar untuk kita lihat impak yang sama dihasilkan acara ini dalam program-program akan datang.”

“Bagaimana pun, data menunjukkan betapa mudahnya virus ini boleh merebak apabila ada kontak rapat dan ini sepatutnya menjadi amaran kepada kita semua dalam usaha kita cuba kembali untuk hidup seperti biasa.”

Perlawanan akhir Euro 2020 mencatatkan rekod kes positif Covid-19 yang begitu tinggi berbanding dua acara sukan yang lain.

Sebagai contoh, kejohanan tenis Wimbledon yang dihadiri oleh 300 ribu penonton sepanjang dua minggu kejohanan hanya mencatatkan 881 kes positif sahaja.

Sementara acara British Formula One Grand Prix yang diadakan di litar Silverstone pula hanya mencatatkan 585 kes jangkitan positif daripada 350 ribu penonton yang hadir.

Perlawanan akhir Euro 2020 berakhir bukan kedukaan buat skuad England apabila mereka tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti.

Kekalahan itu membuatkan bola sepak belum lagi pulang ke rumah sebaliknya singgah sebentar ke kota Rom.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN