Klopp:”Tak Mungkin Saya Akan Kekal Untuk 20 Tahun Di Sini”

Jurgen Klopp memberitahu yang mustahil untuk beliau kekal di Liverpool untuk lebih 20 tahun. Klopp buat masa ini menjadi pengurus ke-6 paling lama di EPL selepas menyertai Liverpool pada 2015.

Klopp kekal untuk 7 musim di Mainz dan 7 musim di Dortmund sebelum ini. Beliau sudah pun menandatangani kontak lanjutan 6 tahun pada 2016.

Jika beliau kekal sehingga 2022, bermakna beliau akan berada di Liverpool untuk 8 musim. Ditanya oleh wartawan BBC, adakah beliau akan kekal di Liverpool untuk 20 tahun? Seperti mana Sir Alex dan Arsene Wenger. Klopp menjawab:

“Tak mungkin! Saya hormati Arsene Wenger dan Sir Alex atas sumbangan mereka kepada bola sepak. Tetapi hari ini, dunia bola sepak banyak berubah.”

“Dalam 20 tahun lagi saya sudah berusia 70 tahun, saya boleh jamin saya sudah tiada di sini (Liverpool).”

“Saya sudah melalui banyak detik indah dengan penyokong Liverpool. Buat apa saya nak tukar ia dengan lakaran hitam mengharapkan penyokong Liverpool menghadap saya untuk 20 tahun lagi. Ayuhlah, mari kekal positif.”

Beliau menyifatkan, dahulu pengurus bola sepak lebih tenang dan kurang tekanan dalam menguruskan pasukan berbanding dengan hari ini.

Terlalu banyak pengaruh daripada media sosial dan juga tekanan daripada pundit yang terlalu mudah diakses dengan segera oleh peminat.

Untuk media sosial, beliau cuba mengelakkan daripada membacanya kerana enggan dipengaruhi perkara seperti itu. Namun tetap banyak juga pengaruh daripada sudut lain.

“Untuk perkara seperti media sosial, saya tak mahu membacanya kerana tidak mahu dipengaruhinya. Namun banyak pengaruh daripada sudut lain. Saya pun tak faham.”

“Saya sudah 50 tahun, masih muda untuk hidup tetapi sudah terlalu tua untuk perkara seperti itu (media sosial).”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN