Jaringan Sumareh Singkirkan Juara Bertahan Pada Pusingan Ke-3

Sumareh

Pahang melayan kunjungan Kedah untuk perlawanan Piala FA 2018, pusingan ke-3. Menariknya, ini adalah pertemuan 2 finalis musim lalu.

Separuh masa pertama

Pahang bermula lebih agresif dan menghadirkan ancaman. Wan Zaharulnizam ‘handball’ ketika cuba menyudahkan peluang gol di dalam kotak penalti.

Pahang kemudian terpaksa menukar pemain di babak awal selepas penggempur mereka, Forkey Doe tercedera. Ini selepas Forkey Doe bertembung dengan Ifwat Akmal dalam perebutan bola 1 lawan 1.

Foto: Pahang FA

Satu berita yang kurang enak untuk penyokong Pahang melihat Forkey Doe tercedera. Dollah Salleh memasukkan Norshahrul Idlan Talaha.

Minit ke-24, Kedah mencipta peluang keemasan namun Liridon berada dalam kedudukan ofsaid. Kedua-dua pasukan agak bergelut untuk mencipta peluang gol selepas itu. Bola banyak berlegar di tengah padang.

Sandro melakukan satu sepakan percuma deras yang mengelirukan tetapi berjaya didakap kemas Helmi Eliza. Itulah tangkapan pertama Helmi Eliza dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-45, Sumareh meletakkan Pahang di hadapan menerusi tandukan terbang. Tindakan susulan selepas bola tandukan Patrick Cruz terkena palang. Pahang masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Kedah masih bergelut untuk mencipta peluang untuk mendapatkan gol penyamaan.

Pahang meminta sepakan penalti mendakwa Patrick Cruz dijatuhkan. Namun tak diendahkan pengadil. Ramon kemudiannya memasukkan Syazwaan Zainon pada minit ke-62 menggantikan Akhyar Rashid.

Minit ke-72 Syazwan Zainon cuba melakukan hantaran lintang yang terbias pada kaki Afif Amiruddin, bola hampir masuk tetapi diselamatkan oleh Helmi Eliza.

Pada minit ke-79, sepakan percuma Liridon menuju ke sudut tetapi tidak cukup kuat untuk menewaskan Helmi Eliza. Pahang lancarkan serangan balas namun berakhir hampa.

Faisal Halim hampir menambah gol pada minit ke-88 namun percubaan beliau sedikit tersasar. Pahang berjaya memastikan mereka mara dengan kemenangan tipis.

Pahang 1 Kedah 0, Pahang mara, Kedah tersingkir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN