Klopp: Wijnaldum Marah Tiada Dalam Barisan Utama Bertemu Barcelona

Wijnaldum

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan bahawa pemain tengah, Georginio Wijnaldum begitu marah kerana mendapat tahu bahawa beliau tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama Liverpool menentang Barcelona pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah 2019/20.

Pemain skuad kebangsaan Belanda itu nyata begitu bersemangat untuk membantu Liverpool kembali bangkit selepas tunduk 0-3 pada aksi pertama yang berlangsung di Nou Camp tetapi sayangnya hanya diletakkan di bangku simpanan.

”Sehari atau dua hari sebelum perlawanan, para pemain akan mengetahui sama ada mereka akan bermain atau tidak. Saya mahu mereka semua bersedia untuk itu, tetapi saya akan berhadapan dengan mereka secara individu.”

”Sekiranya seseorang pemain yang telah beraksi pada 20 perlawanan terakhir secara berturut-turut , tidak diturunkan pada perlawanan berikutnya itu bukanlah satu masalah besar,” ujar Klopp menurut laporan Goal.

”Saya harus sentiasa menilai perkara itu pada saat ini. Kami menghadapi situasi seperti dalam Liga Juara-Juara Eropah tahun [musim] lalu, perlawanan kedua apabila semua orang memberitahu saya bahawa Wijnaldum sangat marah kerana tidak bermula di kesebelasan utama.”

Embed from Getty Images

”Saya mengatakan kepada para pemain yang anda tidak perlu untuk gembira dengan keputusan saya, anda hanya perlu menerimanya dan selepas perlawanan, kita akan bercakap mengenai perkara tersebut. Bukannya sebelum perlawanan, kita tidak boleh [melakukan perkara itu].”

‘”Sekiranya anda berada dalam sesi dan anda tidak gembira tetapi berlatih dengan baik, datang ke pejabat saya selepas perlawanan pada hari Isnin dan saya akan menerangkannya,” ujar pengendali kelahiran Jerman itu lagi.

Wijnaldum yang dimasukkan sebelum sepak mula separuh masa kedua bagi menggantikan Andrew Robertson telah membuktikan mengapa beliau berang dengan keputusan Klopp tidak meletakkannya di kesebelasan utama apabila meledakkan dua jaringan pantas di minit ke-54 dan 56 untuk kembali mengikat Barcelona 3-3 secara aggregat.

Seperti yang diketahui umum, helah daripada sepakan sudut Trent Alexander-Arnold telah membuka ruang buat Divock Origi untuk menjaringkan gol kemenangan The Reds pada minit ke-79 sekaligus melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Kredit foto: Clive Brunskill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN