Sadio Mane akan kembali semula ke pusat latihan. Musim hadapan Sadio Mane akan bermain bersama-sama dengan pemain serangan baru Liverpool Mohamed Salah.
Salah setakat ini bermain di posisi yang dimainkan Sadio Mane musim lalu iaitu sayap kanan. Prestasi cemerlang Salah membuatkan beliau hampir pasti menjadi pemain utama di posisi tersebut.
Timbul satu persoalan, di manakah Mane akan beraksi musim hadapan?
Klopp memberitahu Echo: “Perancangan untuk posisi Mane akan diberitahu kepada beliau di pusat latihan. Kami akan memberitahunya, di mana dia akan bermain.”
“Saya dimaklumkan di sudah kembali berlatih dengan sekumpulan kecil pemain di Liverpool.”
“Semua orang positif dan gembira, akhirya kami boleh menggunakan Sadio Mane sekali lagi. Beliau sudah berehat lama sangat, dan sangat gembira untuk dapat kembali khidmat beliau.”
Mane musim lalu menyumbat 13 gol liga untuk pasukan Liverpool. Jadi di mana posisi Mane? Bolehkah Mane beraksi di sayap kiri musim hadapan?
Jawapannya Klopp adalah boleh.
“Mane asalanya memang pemain sayap kiri ketika bersama Red Bull Salzburg dan juga Southampton.”
Klopp menambah: “Tiada masalah untuk Mane an Mo (Salah) beraksi bersaam di dalam pasukan. Jika Mane bermain di kanan, Mo akan bermain di no.10.”
“Mo juga boleh bermain ‘false no.9’. Dia adalah penyerang kedua ketika di Roma. Kini kami ada banyak pilihan di dalam pasukan.”
“Jika kedua-dua mereka cergas, memang saya akan menggunakan kedua-duanya. Namun buat masa ini, kami harus tidak membebankan beliau. Kami nak beliau (Mane) fokus kepada pemulihan beliau.”
“Salah pemain yang hebat, kelajuannya luar biasa. Namun kita harus bijak menggunakan pemain seperti beliau.”
“Kelajuan seperti itu jika dijatuhkan lawan, boleh membuatkan anda duduk di luar.”
“Ada satu malam tu, pemain lain melakukan cubaan gol, Salah pula berterusan berlari dan berlari. Saya nasihatkan dia bahawa itu tidak perlu.”