Henry: “Potensi Messi Belum Lagi Terisi Sepenuhnya”

Lionel Messi adalah salah seorang pemain terbaik di dunia ketika ini.

Beliau setiap musim memberikan persembahan yang cukup memukau dan berada di kelas tersendiri berbanding pemain-pemain lain.

Dikala semua orang merasakan yang potensi Messi sudah pun dipenuhi, seorang individu merasakan potensi Messi belum lagi dipenuhi sepenuhnya.

Bekas penyerang Barcelona iaitu Theirry Henry merasakan yang Messi masih lagi mempunyai potensi besar yang boleh dikembangkan walaupun beliau kini di fasa kemuncak karier.

“Saya gemarkan keinginan dan keazaman beliau dalam permainan bola sepak.”

“Beliau punya keazaman yang tinggi untuk sentiasa bermain. Beliau nak main semua perlawanan kalau boleh!”

Henry yang pernah bergandingan bersama-sama Messi selama 3 musim berasakan Messi adalah pemain yang cukup cemerlang dan masih punya banyak benda yang boleh ditawarkan kepada pasukan.

“Beliau sudah jaringkan banyak gol untuk pasukan Barcelona.”

“Tetapi, saya rasakan yang tak ramai orang nak cakap mengenai sumbangan beliau yang cukup banyak kepada pasukan.”

“Potensi Messi masih lagi ada dan belum dipenuhi sepenuhnya, beliau pemain terbilang.”

Sumber:

  1. Barcelona (2017): Thierry Henry: When I talk about Barça, I talk about La Masia; https://www.fcbarcelona.com/club/news/2017-2018/henry-fcbarcelona-interview-la-masia-new-york-usa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN