Klopp Salahkan Simulasi Pemain, VAR Sebagai Punca Kekalahan Liverpool

Jürgen Klopp menyalahkan simulasi oleh pemain dan video bantuan pengadil (VAR) sebagai punca kekalahan Liverpool kepada Napoli dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi tadi.

Pemain bek sayap Liverpool dipersalahkan kerana menjatuhkan Jose Callejon pada minit ke-82 perlawanan. Semakan yang dilakukan menggunakan VAR gagal mengubah keputusan pengadil – sekaligus menyebabkan Klopp berpendapat VAR masih gagal memperbetulkan keputusan yang dilakukan oleh manusia.

Sepakan penalti tersebut kemudiannya disempurnakan oleh Dries Mertens, untuk memberikan Napoli pendahuluan.

Liverpool terus ketinggalan dengan defesit lebih besar selepas kesilapan Virgil van Dijk yang hilang bola membenarkan Fernando Llorente untuk memastikan kemenangan memihak kepada Napoli.

Keputusan pengadil perlawanan Felix Brych untuk memberikan sepakan penalti kepada Napoli selepas kesilapan oleh Robertson sebenarnya bukan kerana kesilapan VAR yang ketara.

Namun ia sudah cukup untuk membuatkan Klopp mulai mempersoalkan peraturan pertandingan.

“”Saya sangat pasti akan ada perbezaan pendapat mengenai situasu tersebut,” komen Klopp selepas perlawanan.

“Tetapi jika ada pemain melompat walaupun sebelum disentuh, maka ia bukan penalti. Perkara itu mengubah perlawanan. Ia sangat penting pada ketika itu.

“Saya boleh berkata apa sahaja mengenai perkara itu, tetapi saya bukan orang kalah yang teruk.

“Saya bukan orang paling teruk yang kalah, tetapi saya tidak teruk.”

Mengenai penglibatan VAR dalam keputusan tersebut, Klopp menambah:

“Ia keputusan yang dilakukan oleh manusia. Peraturan mengatakan ia bukan kesilapan yang jelas, tetapi ia masih manusia yang akan menentukan jika ia adalah kesilapan.

“Saya berpendapat ia [VAR] akan membantu untuk tempoh jangka masa panjang. Tetapi selagi manusia yang membuat keputusan, ruang untuk kesilapan akan sentiasa ada. Ia sememangnya begitu. Apa lagi boleh saya katakan?

“Peraturan sudah disediakan begitu, dan kini mereka harus mengubahsuai peraturan itu. Pengadil [Jerman] yang mengendalikan perlawanan sudah menggunakan teknologi ini buat beberapa waktu.

“Malah mereka telah menggunakannya lebih lama dari yang lain. Mereka akan menemui penjelasan mengapa apa yang mereka lakukan itu adlah tepat.

“Jika pengadil tidak meniup wisel untuk penalti tersebut, maka kita tidak akan diarahkan oleh VAR. Kita semua hanya mahu perkara seperti ini dijelaskan dengan sebaiknya. Buat masa ini, ia tidak sebegitu.”

Pengendali Napoli, Carlo Ancelotti bagaimanapun enggan terpalit dengan kontroversi tersebut.

“Saya melihat penalti tersebut hanya dari tempat duduk saya, dan belum menyaksikan ulang tayang, dan enggan memberikan sebarang pendapat sebelum itu,” ujar pengendali dari Itali itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN