Jurgen Klopp tampil mendedahkan yang beliau sangat yakin dan percaya pengadil Premier League, Paul Tierney sepertinya ada masalah peribadi dengan beliau dan skuadnya, Liverpool.
Keberanian Klopp mendedahkan hal tersebut sepertinya menyebabkan beliau bakal didenda oleh Premier League kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Klopp meluahkan hal tersebut kerana beliau tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan yang ditunjukkan oleh Paul Tierney ketika aksi pertemuan Liverpool bertemu Tottenham Hotspur di Anfield malam semalam.
"I won't say what we said…"
🎥 Jurgen Klopp has explained his issues with referee Paul Tierney – after he was booked at Anfield. pic.twitter.com/EnbX5YLFFT
— This Is Anfield (@thisisanfield) April 30, 2023
The Reds berjaya mencatatkan kemenangan 4-3 dalam perlawanan tersebut dengan Diogo Jota cemerlang meledak kemenangan pada minit-minit akhir permainan untuk mengesahkan tiga mata penuh menjadi milik pasukan tuan rumah.
Ia merupakan perlawanan yang sangat menarik dengan Liverpool sudah berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0 pada 15 minit pertama permainan.
Skuad kendalian Ryan Mason itu walau bagaimanapun berjaya menjaringkan satu gol sebelum tamat aksi babak pertama hasil jaringan dari Harry Kane.
Aksi babak kedua jadi semakin menarik untuk disaksikan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha mereka mencari gol tambahan.
Son Heung-min berjaya meledak gol kedua untuk Spurs dalam perlawanan ini, sebelum Richarlison meledak gol penyamaan pada masa kecederaan permainan.
🚨 NEW: Jurgen Klopp could find himself in hot water with the authorities after the PGMOL issued a statement to 'strongly refute' his allegations against referee Paul Tierney. #lfc [mirror] pic.twitter.com/13EIudiXTO
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) May 1, 2023
Ia merupakan gol pertama beliau dalam saingan Premier League bersama Tottenham Hotspur dan memandangkan ia juga gol yang memastikan Spurs tidak pulang tangan kosong, maka bintang Brazil itu dilihat bersungguh-sungguh dalam meraikan gol tersebut.
Ketika penyokong dan seluruh kem Liverpool sudah mula kecewa bakal sekadar kutip satu mata walau sudah mendahului 3-0, Jota muncul sebagai wira dengan beliau meledak gol kemenangan pada minit-minit akhir permainan.
Jurgen Klopp meraikan gol tersebut dengan berlari ke arah pengadil keempat dan menjerit di depan mukanya.
Beliau bahkan turut mengalami kecederaan ekoran dari keraiannya itu dengan beliau dilihat terhencot-hencot di tepi padang sebaik meraikan gol tersebut.
Selain dari dapat sakit meraikan gol seperti itu, Klopp juga dihadiahkan layangan kad kuning atas kerainnya itu.
Jurgen Klopp on Paul Tierney 🔴 #LFC
🗣️"The refs don't say what was said, so I won't say what was said." pic.twitter.com/IaGn3iUwwH
— Empire of the Kop (@empireofthekop) April 30, 2023
Selepas tamat perlawanan tersebut, pengurus dari Jerman itu meluahkan rasa kecewa beliau terhadap Paul Tierney.
“Hukuman yang setimpal untuk tingkah laku yang tak betul.”
Jelas Klopp kepada Sky Sports berkait kad kuning yang beliau terima sebelum beliau kemudiannya menyatakan:
“Sudah tentu kami sangat beremosi pada waktu seperti itu. Ia sangat sukar. Tapi ia tak ok, kita tak sepatutnya lakukan itu, ya, kita ini model ikutan, semuanya jelas.”
“Tapi apa-apa pun kita manusia. Sebelum kamu menjadi model ikutan kamu adalah manusia biasa dan itu memang berlaku kadang kala.”
“Adil, saya sudah dihukum, saya dapat kad kuning untuk itu, saya rasa Tierney fikir saya patut terima hukuman berbeza tapi kerana pegawai keempat itu, ia hanya kad kuning. Cukup di situ. Kita perlu tanya En Tierney apa yang berlaku.”
The PGMOL have released a statement after Jurgen Klopp’s comments about referee Paul Tierney following Liverpool’s 4-3 victory over Tottenham. pic.twitter.com/QNJt1wEBf3
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 1, 2023
“Kita ada sejarah dengan en Tierney, saya betul-betul tak tahu apa masalah dia dengan kami. Dia selalu akan kata tiada masalah dan itu tak betul. Ia tak macam tu.”
“Apa dia kata kepada saya ketika dia berikan kad kuning kepada saya.. Ia tak ok.”
“Saya mengalami kesakitan sejak beberapa hari ini, Mr Tierney tidak. Saya akan bersedia untuk lakukan apa yang sering saya lakukan dan keraian itu. Jika kami ada sesuatu untuk diraikan ia akan membuatkan kita lebih tenang.”
Walaupun Klopp merasakan yang skuadnya yang dizalimi, namun sebenarnya ada dua keputusan yang sebenarnya lebih memihak kepada mereka berbanding Tottenham Hotspur dalam perlawanan ini.
Sebelum Richarlison meledak gol penyamaan, beliau sebenarnya berpotensi untuk memenangi sepakan penalti selepas Ibrahima Konate dilihat menarik bintang Brazil itu di dalam kotak penalti.
NEW: PGMOL “strongly refute” Jurgen Klopp’s claims against referee Paul Tierney https://t.co/lwTjTaF8Ud
— This Is Anfield (@thisisanfield) May 1, 2023
Hal yang paling tidak diterima oleh para penyokong Spurs adalah ketika melihat Jota tidak dilayangkan kad merah selepas menyepak kepada Oliver Skipp.
Bintang Portugal itu hanya dilayangkan kad kuning sahaja atas kekasaran tersebut dan jelas sekali para penyokong tidak gembira tentangnya.
Dan ketika melihat beliau yang menjaringkan gol kemenangan Liverpool, jelas sekali para penyokong semakin tidak gembira dan kecewa dengan keputusan Paul Tierney.