Jurgen Klopp mengesahkan Sadio Mane “kecewa dengan situasi dalam permainan” selepas pemain itu terang-terangan memberikan reaksi marah ketika Liverpool menang 3-0 ke atas Burnley, namun mengesahkan segala-galanya sudah selesai.
Pemain antarabangsa Senegal itu tidak berselindung akan kekecewaan dirinya ketika melangkah ke bangku pemain simpanan selepas dikeluarkan oleh Klopp pada minit ke-85.
Ia dipercayai disebabkan oleh tindakan Mohamed Salah yang tidak membuat hantaran mudah kepada beliau yang menunggu untuk melebarkan kedudukan Liverpool.
Sadio Mane, a player that rarely displays emotion is ANGRY at his team mate, suspectedly Mo Salah pic.twitter.com/BBL6xhAuxR
— Sulaiman Folarin (@sulaiman4real) August 31, 2019
James Milner, Joe Gomez, Jordan Henderson dan Roberto Firmino – semua cuba menenangkan Mane yang kelihatan meluahkan kekecewaan beliau terhadap salah seorang pegawai kecergasan kelab, Andreas Kornmayer.
Bercakap kepada media selepas perlawanan, Klopp yang sudah bercakap dengan pemain tersebut di bilik persalinan selepas perlawanan berkata:
“Beliau [Mane] kecewa. Itu amat kelas. Sadio [Mane] tidak boleh menyembunyikan perasaan, dan saya sukakan itu. Isu itu sudah diselesaikan.
Jurgen Klopp responds after Sadio Mane’s angry reaction following Liverpool substitution https://t.co/EAyOZ0o3Jh pic.twitter.com/WU4mQ0s41y
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 31, 2019
“Kami bercakap mengenai perkara tersebut, dan ia bukanlah masalah. Kita semua adalah seorang individu dan mempunyai emosi. Ia adalah situasi dalam permainan yang beliau tidak suka — itu perkara biasa.
“Adakah beliau akan bertindak demikian lagi? Mungkin tidak, tetapi ia berlaku. Tiada isu, beliau tidak mengeluarkan kata-kata yang salah.
Kemenangan menentang Burnley adalah yang ke-13 berturut-turut buat Liverpool di Liga Perdana Inggeris (EPL), dan kelab Merseyside itu menduduki tangga teratas liga selepas empat perlawanan sepanjang Ogos ini.
Hanya Chelsea pernah muncul juara EPL dalam tempoh 12 musim selepas mendahului kedudukan liga pada Ogos.