Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia tidak sabar untuk membimbing Liverpool pada pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona selepas melihat anak buahnya membelasah Porto 4-1 di Portugal untuk kemenangan agregat 6-1.
Bagaimanapun fokus baharu mereka kini adalah terhadap aksi Liga Perdana Inggeris menentang pasukan yang sedang bergelut dengan penyingkiran iaitu Cardiff City pada hari ahad ini.
Klopp: "I'm focused on Cardiff not Barcelona" pic.twitter.com/a7bX66acRb
— Football Daily (@footballdaily) April 18, 2019
Liverpool kini berada dua mata di atas Manchester City dan bermain lebih satu perlawanan.
Klopp dijangka akan menggilirkan skuadnya, dengan Divock Origi melakukan kemunculan semula manakala Roberto Firmino dan Jordan Henderson hanya digunakan sebagai pemain simpanan.
“Pada fasa ketiga terakhir musim anda sudah boleh melihat garisan penamat tapi anda perlukan sedikit tuah dengan kecederaan,” kata Klopp.
The new club record Liverpool can set against Cardiff – and the threat they must be wary of: Jurgen Klopp's side will be hoping they can make it six wins in a row in the Premier League https://t.co/S0trkm8AhM pic.twitter.com/zvzrHoefaI
— myaccaclub (@myaccaclub) April 19, 2019
“Kami kembali bermain selepas tiga hari, jadi kami akan pulang esok dan bersedia untuk satu lagi pertemuan penting.”
Cardiff meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka apabila menang 2-0 di Brighton, awal pagi kelmarin.