Unai Emery Bangga Arsenal Pamer Aksi Terbaik Singkirkan Napoli

Pengurus Arsenal, Unai Emery berpuas hati selepas pasukannya mempamerkan aksi terbaik menyingkirkan Napoli 1-0 awal pagi tadi untuk mara ke separuh akhir Liga Europa dengan agregat 3-0.

Emery  memuji semangat juang serta komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemainnya ketika menentang Napoli.

Beliau berkata, “Saya bangga dengan para pemain.”

NAPLES, ITALY – APRIL 18: Alexandre Lacazette of Arsenal celebrates after scoring the 0-1 goal during the UEFA Europa League Quarter Final Second Leg match between S.S.C. Napoli and Arsenal at Stadio San Paolo on April 18, 2019 in Naples, Italy. (Photo by Francesco Pecoraro/Getty Images)

“Kami memulakannya dengan sangat baik. Babak pertama bagus kerana setelah kami mencetak gol kami terus tidak memberi mereka kesempatan.”

“Kami bertahan dengan baik di babak kedua. Dalam dua perlawanan (lawan Napoli) kami amat gembira kerana menang dengan Napoli,” kata Emery kepada BT Sport.

Arsenal turun ke Stadium San Paolo dengan membawa bekalan dua gol di perlawanan pertama hasil jaringan Aaron Ramsey dan gol sendiri Kalidou Koulibaly.

Skuad Emery terus menambah derita tuan rumah apabila sepakan percuma Alexandre Lacazette pada minit ke-36 meletakkan kelab Inggeris itu lebih unggul di depan.

Kemenangan keatas Napoli itu juga menyaksikan Emery mendahului carta teratas yang memenangi 32 perlawanan pada 50 perlawanan pertama sebagai pengurus di Arsenal.

Lawan Valencia

Arsenal akan melayan kunjungan Valencia pada 5 Mei sebelum aksi separuh akhir kedua di Mestalla pada 10 Mei nanti.

Mengulas mengenai Valencia, Emery mengakui bekas pasukannya adalah sebuah pasukan hebat yang diperkuatkan dengan ramai pemain terbaik dunia.

VILLAREAL, SPAIN – APRIL 11: Players of Valencia CF line up for a team photo prior to the UEFA Europa League Quarter Final First Leg match between Villarreal and Valencia at Estadio de la Ceramica on April 11, 2019 in Villareal, Spain. (Photo by Fotopress/Getty Images)

Justeru beliau percaya kelab itu akan memberikan tentangan sengit buat Arsenal dalam perlawanan itu.

Emery pernah mengendalikan Valencia pada 2008 hingga 2012. Sebelum berhijrah ke Sevilla, dan Paris Saint-Germain (PSG).

“Mereka [Valencia] dalah pasukan yang sangat bagus dengan memiliki ramai pemain bagus.”

“Ini akan menjadi perlawanan yang sulit bagi kami,” kata Emery.

Unai Emery sememangnya dianggap sebagai jurulatih pakar dalam Piala Europa. Arsenal pastinya mengamit serius untuk menjuarai piala tersebut kerana ia boleh dijadikan pintu mereka ke UCL musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN