Quantcast

BERITA

Klopp Mahu Fokus Pemain Sedia Ada, Elak Berbelanja Besar Untuk Musim Hadapan

Jurgen Klopp berkata ianya lebih untuk mengekalkan kelompok pemain sedia ada di Anfield, daripada berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

The Reds berbelanja agak besar pada musim panas lalu setelah membawa masuk Virgil van Dijk dan Alisson Becker dengan nilai rekod dunia untuk posisi kedua-dua pemain tersebut.

Rekrut Liverpool yang lain pada jendela perpindahan yang sama adalah Naby Keita, Fabinho dan juga Xherdan Shaqiri.

WOLVERHAMPTON, ENGLAND – DECEMBER 21: Jurgen Klopp the manager / head coach of Liverpool and Virgil van Dijk of Liverpool after the Premier League match between Wolverhampton Wanderers and Liverpool FC at Molineux on December 21, 2018 in Wolverhampton, United Kingdom. (Photo by James Baylis – AMA/Getty Images)

Pelaburan berbaloi

Pelaburan Liverpool walaupun besar, ia boleh dianggap sebagai pelaburan yang berbaloi berdasarkan prestasi mereka pada musim ini.

Pada ketika ini, skuad kendalian Klopp menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris – ketinggalan hanya satu mata berbanding pendahulu Manchester City – dengan baki lapan perlawanan perlu dilalui.

Liverpool turut berada di landasan terbaik menebus duka musim lalu di pertandingan UEFA Champions League – setelah diundi bertemu Porto di suku akhir pertandingan tersebut.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 24: Mohamed Salah of Liverpool and Luke Shaw of Manchester United during the Premier League match between Manchester United and Liverpool FC at Old Trafford on February 24, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Klopp gembira

Kerana itu, pengendali dari Jerman tersebut beliau gembira dengan barisan pemain sedia ada dan tidak akan berbelanja besar untuk mendapatkan pemain untuk musim hadapan.

“Saya tidak berpendapat pasukan ini memerlukan kita untuk berbelanja besar. Kaedah terbaik ialah memastikan mereka untuk kekal bersama, terus membentuk mereka [pemain] sebagai satu unit, dan beraksi bersama-sama untuk satu tempoh.

Liverpool manager Jurgen Klopp celebrates after the final whistle during the Premier League match at Anfield, Liverpool. (Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

“Dan pada saya itulah masalah Liverpool sebelum ini sejak beberapa dekad sebelumnya. Apabila mereka mempunyai pasukan yang baik, pemain-pemain ini akan pergi merata dunia selepas tamat musim. Itu tidak akan berlaku pada tahun ini.”

Liverpool telah dikaitkan dengan pemain tengah Real Madrid, James Rodriguez dan juga Steven Bergwin yang turut dilaporkan akan menuju ke Anfield pada musim panas akan datang.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!