Klopp Label EPL Lebih Kompetitif, Yakin Barca Boleh Bermain 50% Perlawanan Liga Dengan Pasukan B

Klopp tidak mahu menyembunyikan kekaguman beliau ke atas kualiti pasukan Barcelona. Namun Klopp menganggap kualiti La Liga sebagai tidak seimbang.

4221396001_4727934627001_4727913269001-vs

Bercakap kepada Daily Mail – Klopp menyatakan beberapa pasukan kuat seperti Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid boleh bermain seperti sedang berlatih untuk menang beberapa perlawanan mereka.

“Perbezaan yang ketara di Sepanyol, Barcelona boleh bermain 50% perlawanan liga mereka dengan pasukan B.”

Statistik Perbandingan Ringkas

Kami membuat sedikit kajian statistik ke atas saingan La Liga dan Liga Perdana Inggeris dalam 3 musim terakhir.

Pada musim 2013-14 Perbezaan di antara Real Madrid (tempat ke-3) dengan Athletic Bilbao (ke-4) adalah 17 mata. Perbezaan hanya 3 mata di antara Chelsea (ke-3) dan Arsenal (ke-4) pada musim yang sama.

Manakala pada musim 2014-15, beza mata pasukan di tempat ke-2 (Real Madrid) dengan tempat ke-3 (Atletico) adalah 14 mata. Musim yang sama, Manchester City(tempat ke-2) hanya kelebihan 4 mata berbanding pasukan Arsenal (ke-3) dan hanya dibezakan 9 mata daripada Manchester United (tempat ke-4).

Manakala pada 2014-15 pula, beza mata antara Atletico (tempat ke-3) dengan Villareal (tempat ke-4) adalah 24 mata. Musim lepas, Arsenal (ke-2) dan Tottenham Hotspurs, hanya dibezakan 1 mata. Beza mata antara Arsenal (ke-2) dengan West Ham (ke-7) hanya 9 mata.

Barcelona Di Kelas Tesendiri

“Ada satu perlawanan Lionel Messi berlari 4.3 kilometer dan mereka menjaringkan 5 gol. Ia seperti sesi latihan.”

“Itu tak akan berlaku di Liga Iggeris. Tidak ada pemain boleh bermain seperti ‘latihan’ di dalam padang. ”

“Itulah perbezaan Liga Inggeris berbanding dengan liga-liga lain – sangat sukar untuk memenangi setiap perlawanan.”

Klopp juga memberitahu wartawan bahawa pemain-pemain Barcelona sangat santai sebelum perlawanan.

“Ketika perlawanan menentang mereka di Wembley, saya dapati pemain mereka menguap, sedang meregangkan otot, dan meninjau-ninjau ke kiri dan kanan dan berkata ‘oh-inilah Wembley’.”

“Memang kami menang, tetapi mereka masih boleh menjaringkan 5 gol dalam perlawanan itu.”

Ini bukan pertama kali La Liga dilabel sebagai kurang persaingan secara total walaupun mereka memiliki pasukan yang hebat seperti Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid dan final 2 kelab Sepanyol di Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Bahkan tahun lalu, bintang Real Madrid – Gareth Bale turut mengakui EPL lebih kompetitif berbanding dengan La Liga.

Baca juga: Ejen Yaya Toure: Datuk Saya Pun Boleh Menang Liga Dengan Barcelona & Bayern Munich

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN