Klopp: “Doktor Kata Kekalahan Liverpool Tidak Elok Untuk Kesihatan Saya”

Nikmat sihat itu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi setiap manusia.

Dengan nikmat sihat, kita pastinya dapat melakukan apa sahaja aktiviti yang kita mahu setiap hari.

Namun begitu, nikmat ini boleh hilang andai tidak dijaga dengan baik.

Pemakanan yang tidak baik, menghisap rokok dan juga tidak bersenam antara punca yang membolehkan tahap kesihatan kita menurun.

Tetapi bagi pengurus Liverpool Jurgen Klopp, situasinya berbeza.

Beberapa hari sebelum perlawanan menentang Southampton, Klopp telah pun dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.

Hal ini menyebabkan beliau telah terlepas sesi latihan Liverpool pada hari Rabu.

Mujur, beliau telah keluar pada hari Khamis dan boleh menyaksikan kemenangan 3-0 Liverpool ke atas Southampton pada hari Sabtu.

Kalah

Ketika ditanya kepada media, Klopp mendedahkan yang terdapat satu sebab yang memberi kesan buruk kepada kesihatan beliau.

Sebab yang dimaksudkan itu ialah apabila Liverpool mengalami kekalahan.

“Mujur saya kini sudah sihat, saya tidak perlu lagi kembali semula ke hospital.”

“Ketika bercakap kepada para pemain, saya katakan yang punca tahap kesihatan saya menurun adalah kerana pasukan mengalami kekalahan!”

(Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Mujur buat Klopp, Liverpool berjaya merakamkan kemenangan menentang Southampton dengan jaringan 3-0.

Ia merupakan kemenangan pertama Klopp ke atas pasukan tersebut dengan Mohamad Salah menjaringkan 2 gol dan 1 gol lagi disumbangkan oleh Philippe Coutinho.

Nampaknya ini merupakan peringatan jelas buat para pemain Liverpool, main betul-betul atau pengurus anda akan jatuh sakit!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN