Jurgen Klopp menghamburkan pujian dan kekagumannya kepada pemain sayap beliau, Sadio Mane.
Ini kerana pemain antarabangsa Senegal itu bermain dengan sangat baik dalam keadaan ibu jarinya masih sakit.
Mane berjaya memberikan aksi cemerlang dan menjaringkan 2 gol serta mencipta beberapa peluang gol kepada rakannya dalam kemenangan 4-1 Liverpool ke atas Cardiff City.
Sadio Mane patah ibu jari dalam tugasan antarabangsa ketika beraksi dengan Senegal pada kelayakan Piala Afrika.
Beliau tak dapat diturunkan pada aksi menentang Huddersfield sebelum ini. Mane kembali dalam pasukan ketika kemenangan 4-0 Liverpool ke atas Red Star Belgrade dalam saingan UCL.
Pada Sabtu lalu, Mane kembali semula ke dalam barisan pasukan Liverpool untuk perlawanan liga. Klopp gembira dengan aksi dan semangat juang Sadio Mane. Jurgen Klopp berkata kepada pihak media:
“Sadio Mane patah di bahagian ibu jari dan beliau terpaksa bermain dengan pendakap pada bahagian itu.”
Sadio Mane: Man of the Match vs Cardiff – Rating 9.14, Goals 2, Shots(OT) 3(2), Dribbles 3, Key Passes 2 @LFC
Full player ratings — https://t.co/60k8iKAAcb pic.twitter.com/CQloxQLWjf
— WhoScored.com (@WhoScored) October 27, 2018
“Saya rasa tak selesa melihatnya, namun jelas sekali beliau cuba untuk tidak mengendahkan kesakitan itu. Dia melakukannya dengan sangat baik.”
“Beliau menjaringkan gol (2 gol) dan kemudiannya membantu mencipta gol kepada rakannya. Satu persembahan yang sangat baik. Saya sangat gembira melihatnya.”
Sadio Mane menyatakan tanpa sokongan yang baik daripada barisan belakang, bahagian serangan bertiga Liverpool akan berhadapan kesukaran. Beliau berkata:
“Orang kerap bercakap tentang serangan bertiga kami, tetapi ini adalah satu pasukan. Segala kerja bermula daripada belakang. Mereka membuatkan tugasan kami di atas menjadi mudah.”
“Kami bertuah kerana dapat sentiasa menjaringkan gol tetapi mereka (barisan belakang) telah melakukan tugas mereka.”
"People always talk about the front three – but it’s the team, the work starts behind us. They make it easier, we are lucky boys and score all the time but all the team did their job." 🙌
👇 Sadio Mane 👇https://t.co/Mr8XKKj3ms
— Liverpool FC (@LFC) October 27, 2018
Sadio Mane kini sudah menjaringkan 6 gol daripada 9 penampilan dalam EPL musim ini. Sadio Mane menjadi pemain Senegal pertama menjaringkan 50 gol dalam EPL.
Beliau terus menjadi nadi utama skuad Jurgen Klopp bersama-sama dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino di bahagian serangan.